Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023, Jom Mohon Sekarang!
Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023 adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Perak yang dikenali sebagai Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak yang melibatkan sumbangan kewangan kepada yang layak.
Bantuan Sara Diri ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan jumlah sebanyak RM500 hingga RM2000. Mahasiswa anak Negeri Perak kini boleh membuat permohonan untuk Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Perak di bawah Kerajaan Negeri Perak melalui Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia.
Isi Kandungan
Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023
Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023 ini terbahagi kepada 2 iaitu:
- Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak – bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
- Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak – bantuan khas mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.
Untuk Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak, permohonan boleh dibuat mulai 8 Februari 2023 sehingga 10 Mac 2023 manakala Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak boleh dibuat mulai 8 Februari 2023.
Siapakah Yang Layak Memohon Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023 Ini?
Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023 ini terbahagi kepada 2 iaitu:
- Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak
- Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak
Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak
Mereka yang layak memohon dan menerima Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak ini adalah:
Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun (Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak) |
|
|
|
|
|
|
|
Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak
Manakala, mereka yang layak memohon dan menerima Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak pula adalah:
Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun (Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak) |
|
|
|
|
|
Cara Memohon Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023
Permohonan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan ini boleh dibuat menerusi Portal EHEYNS Bantuan Mahasiswa DISINI
SUMBER YOUTUBE: Stratcomm Perak
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti yang berikut:
i) Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak
- Salinan Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa yang lahir di Perak
- Salinan Kad Pelajar
- Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar
- Salinan Surat Pengesahan Bermastautin / Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
- Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini
- Penyata pendapatan (isi rumah) bapa dan ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan
- Borang Perakuan (Borang perakuan ini wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan)
ii) Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak
- Salinan Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa yang lahir di Perak
- Salinan Kad Pelajar
- Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar
- Salinan Surat Pengesahan Bermastautin / Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
- Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan
- Penyata pendapatan (isi rumah) bapa dan ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendirisila dapatkan pengesahan pendapatan
- Borang Perakuan (Borang perakuan ini wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan)
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023 ini, sila hubungi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak di talian 05-2538600. Manakala untuk mendapatkan info bantuan lain yang terkini dari kerajaan pusat atau kerajaan negeri, boleh terus ke link BANTUAN TERKINI 2023
Apa Pandangan Anda Tentang Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023 Ini?
Bantuan Sara Diri Mahasiswa 2023 ini sebenarnya sangat penting kepada semua mahasiswa Perak yang memerlukan kerana bantuan ini akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan harian di IPT dan sebagainya. Justeru, kepada mereka yang memerlukan dan belum membuat permohonan, jom mohon sekarang!