Semakan eKasih 2023 – Portal Pembasmian Kemiskinan
Semakan eKasih 2023 merupakan pengkalan data dan statistik untuk kalangan rakyat Malaysia yang berada di paras miskin untuk diberikan kemudahan bantuan pada kemudian hari di bawah program kemiskinan di Malaysia.
Di portal rasmi eKasih kini sudah ada paras yang telah ditetapkan dengan eBantuanJKM Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana jikalau anda adalah:
- Rakyat Malaysia yang tinggal di bandar tetapi pendapatan anda sebulan kurang daripada RM1,500 sebulan, anda melepasi syarat kelayakan untuk mendaftar dan menghantar permohonan eKasih bantuan bulanan atau one off
atau jika
- Pendapatan anda kurang daripada RM1000 tetapi tinggal di kawasan luar bandar, anda juga layak untuk dimasukkan ke dalam pengkalan portal pembasmian kemiskinan online.
Walaubagaimanapun, jikalau anda tidak pasti anda boleh terus rujuk kepada kakitangan dan pegawai Unit Pembangunan Pejabat Daerah Negeri anda atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN) yang berkaitan.
Isi Kandungan
Apa itu eKasih?
- Maklumat Ketua Isi Rumah (KIR)
- Maklumat Ahli Isi Rumah (AIR)
- Maklumat Lokasi
- Maklumat Kediaman
- Maklumat Pendidikan
- Maklumat Kemahiran dan Pekerjaan
- Maklumat Pemilikan Harta
- Maklumat Kesihatan
- Maklumat Pendapatan
- Maklumat Bantuan
Ciri-ciri utama eKasih:
- Semakan status kemiskinan secara online
- Penyelarasan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Sistem Semakan eKasih 2023
Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Ringkasnya, sistem semakan eKasih 2023 ini adalah untuk mereka yang miskin tegar.
Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Bagi Individu Yang Berdaftar Dengan eKasih
Pendaftaran eKasih akan mewujudkan nama seseorang dalam data kerajaan. Melalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya:
Program MyKasih |
|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
|
I-Suri (Insentif RM480 KWSP) |
|
Bantuan JKM |
|
Semakan eKasih 2023 Online
Cara membuat Semakan eKasih 2023 secara online adalah seperti yang berikut:
- Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) berdekatan tetapi anda juga boleh membuat semakan secara atas talian (online) dengan tekan pautan dibawah:
>>>Semakan eKasih 2023 Online<<<
SUMBER YOUTUBE: Cara Semak
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Semakan eKasih 2023, sila rujuk:
- Layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri
- Hubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di bawah:
PPN Perlis : 04-9731976
PPN Kedah : 04-7209236
PPN P.Pinang : 04-2185700
PPN Perak : 05-2497400
PPN Selangor : 03-55213600
PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
PPN N.Sembilan : 06-7659945
PPN Melaka : 06-3333333
PPN Johor : 07-2234777
PPN Pahang : 09-5178208
PPN Terengganu : 09-6272000
PPN Kelantan : 09-7455000
PPN Sarawak : 082-446582
PPN Sabah : 088-484800
atau
- Hubungi ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.
- Pertanyaan melalui e-mel juga boleh dihantar kepada [email protected]
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info yang tepat juga dari kami DISINI.