Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2023

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2023 telah dibuka bermula 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 bertujuan untuk memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada untuk membuat pengemaskinian sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2023

Isi Kandungan

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2023

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2023

Siapakah Yang Perlu Membuat Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2023?

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR

serta

  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

atau

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan

Pemohon yang perlu membuat kemaskini permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022

serta

  • Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 – Fasa 4 

Berikut adalah kategori penerima STR dan had umur yang ditetapkan:

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2023

Berikut adalah jadual dan jumlah bayaran yang akan diterima dari Fasa 1 hingga Fasa 4:

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2023

Tarikh pembayaran STR bagi penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 – Januari 2023
  • Fasa 2 – April 2023
  • Fasa 3 – Julai 2023
  • Fasa 4 – November 2023

Tarikh bayaran tambahan STR untuk kategori miskin tegar :

  • Julai 2023
  • Ogos 2023
  • September 2023
  • Oktober 2023
  • November 2023
  • Disember 2023

Tarikh rasmi bayaran bantuan akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tempoh Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2023

  • Menurut kenyataan media terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia, tarikh permohonan baru / kemaskini permohonan STR 2023 akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.
  • Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada untuk membuat pengemaskinian sekiranya terdapat sebarang perubahan.
  • Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan di samping data beberapa agensi Kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Cara Membuat Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2023

Permohonan baru atau proses kemaskini permohonan STR boleh dibuat mengikut kaedah berikut:

PERMOHONAN DALAM TALIAN

PERMOHONAN SECARA MANUAL / FIZIKAL

Tarikh : 1-31 Mac 2023

 

Melalui laman web

>>>PERMOHONAN DALAM TALIAN DISINI<<<

 

Tarikh : 8-31 Mac 2023

 

Pemohon boleh mengisi dan mengemukakan

Borang Permohonan STR dengan hadir ke:

  • Pejabat LHDNM
  • Pejabat Satelit (PS) LHDNM
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Langkah mengemaskini permohonan melalui dalam talian, sila rujuk panduan berikut:

  1. Sila layari portal rasmi STR 2023 di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah atau boleh terus tekan pada link yang telah disertakan pada jadual PERMOHONAN DALAM TALIAN diatas.
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat kemaskini permohonan.
  3. Klik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.
  4. Semak semula maklumat pemohon dan simpan salinan untuk rujukan anda.

Cara Semakan Status STR

Semakan status pembayaran Fasa 1 telah dibuka mulai 17 Januari 2023 dan anggaran tarikh pembayaran Fasa 2 pula adalah pada April 2023. Justeru, pemohon yang belum membuat permohonan baru / kemaskini permohonan STR 2023 boleh mula membuat permohonan segera sebelum tarikh permohonan ditutup.

Seterusnya, semakan status STR secara dalam talian (online) boleh dibuat melalui Portal STR DISINI.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More