Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan i-Fitri 2023

Bantuan i-Fitri 2023 merupakan bantuan kewangan one-off yang akan disalurkan menjelang Hari Raya AidilFitri yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Bagi tahun 2022, Bantuan i-Fitri yang disalurkan bernilai RM400 kepada keluarga miskin dan RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, manakala bagi tahun ini, Bantuan i-Fitri 2023 adalah berjumlah RM300.

Bantuan ini terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Bantuan i-Fitri 2023
  2. Bantuan i-Fitri Perantau

Bantuan i-Fitri pertama kalinya diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 15 November 2022.

Bantuan i-Fitri 2023 kemudiannya diteruskan lagi bagi tahun ini bagi membantu nasib rakyat yang memerlukan bagi membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Isi Kandungan

Bantuan i-Fitri 2023

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan Bantuan i-Fitri 2023 akan diberikan kepada golongan:

  • Isi rumah terjejas kalangan B40
  • Sebahagian isi rumah terjejas kalangan M40

Bantuan i-Fitri 2023 diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Bantuan i-Fitri 2023

Bantuan i-Fitri 2023

Bantuan i-Fitri Perantau

Syarat Permohonan Bantuan i-Fitri 2023 adalah seperti yang berikut:

  • Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  • Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  • Permohonan dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Syarat Permohonan Bantuan i-Fitri Perantau adalah seperti yang berikut:

  • Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (Perantau).
  • Pemohon mestilah Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau.
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
  • Permohonan dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Syarat Kelayakan Bantuan i-Fitri 2023 adalah seperti yang berikut:

  1. Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
  3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  5. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
  6. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan.
  7. PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

Syarat Kelayakan Bantuan i-Fitri Perantau adalah seperti yang berikut:

  1. Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) tidak melebihi RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
  2. Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  3. PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat tinggal semasa.
  4. Pemohon yang TIDAK mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan.
  5. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan.
  6. PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

Dokumen lampiran yang diperlukan:

  • Permohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan

**Segala dokumen perlu dimuatnaik dalam bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG & GIF

Dokumen lampiran yang diperlukan:

  • Permohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan
  3. Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil Elektrik atau Air

**Segala dokumen perlu dimuatnaik dalam bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG & GIF

Tarikh Permohonan

  • Tarikh permohonan Bantuan i-Fitri 2023 adalah bermula 19 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023 manakala bagi perantau, permohonan dibuka bermula 1 April 2023 hingga 15 April 2023
  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my

Borang Sistem Profil Rakyat Terengganu PRT20

Dibawah telah disediakan borang PRT20 bagi mereka yang belum mempunyai profil rakyat terengganu dan kemaskini PRT20 bagi mereka ingin membuat kemaskini maklumat profil rakyat terengganu adalah seperti yang berikut.

Pemohon perlu download borang PRT20 atau kemaskini PRT20 tersebut dan perlu mengisi dengan lengkap seterusnya dihantar untuk pengesahan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai Bantuan i-Fitri 2023 ini, anda boleh hubungi pada Hotline Negeri pada:

  • 011- 5368 1120
  • 011- 1526 5561

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More