Bantuan RM150 2023 Dikreditkan Dalam MyKad Penerima Yang Layak
Bantuan RM150 2023 adalah salah satu bantuan Kerajaan Negeri dalam bentuk baucar tanpa tunai dengan nilai sebanyak RM150 yang dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad).
Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu mereka yang layak untuk membeli keperluan peralatan sekolah seperti pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan alat tulis kepada anak-anak asnaf pada permulaan sesi persekolahan.
Isi Kandungan
Bantuan RM150 2023
Bantuan yang dimaksudkan adalah Skim Pakaian Seragam Sekolah Zakat Pulau Pinang Tahun 2023 yang akan diagihkan secara Baucar Tanpa Tunai kepada mereka yang layak.
- Bantuan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) waris bernilai RM150 untuk ditebus di mana-mana kedai yang dilantik Zakat Pulau Pinang.
- Dalam program ini, Zakat Pulau Pinang menyalur bantuan pakaian seragam persekolahan lengkap seperti beg, peralatan menulis, pakaian seragam persekolahan.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan RM150 2023
Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan RM150 2023 ini adalah seperti yang berikut:
- Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat;
- Pemohon mestilah pemastautin di negeri Pulau Pinang;
- Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah;
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bersekolah (tidak termasuk pra sekolah);
- Permohonan mestilah dibuat melalui pihak sekolah/Kadun/Penyelaras Kadun/ALP Zakat/Ahli MAINPP;
- Seorang pelajar hanya berhak mendapat sekurang-kurangnya satu set kelengkapan persekolahan daripada Zakat Pulau Pinang.
Cara Penebusan Bantuan RM150 2023
Seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi, penebusan bantuan ini boleh dibuat di mana-mana kedai yang dilantik Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Senarai kedai-kedai yang terlibat adalah:
DAERAH |
NAMA KEDAI / PEMBEKAL |
SEBERANG PERAI UTARA |
2992 & 2993, Jalan Hashim Awang, Taman Gelugor Indah, 13300 Tasek Gelugor. TEL : 019-4574586 & 019-4728586
33,35, Persiaran pokok Sena, Pusat Perniagaan Pokok Sena, 13200 Kepala Batas. TEL : 019-4574586 & 019-4728586
No. 2243 Jalan Tun Hamdan, Syeikh Tahir, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. TEL : 04-5753663
37, Jalan Usahawan, Pusat Perniagaan kepala Batas, 13200 Kepala Batas, Pulau TEL : 04-5758606
No 40-G, Jalan Sena Jaya, Taman Sena Jaya, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. TEL : 018-9424849
No. 5, Lorong Perniagaan 2, Pusat Perniagaan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang. TEL : 04-3562318
No. 7171 Ground Floor, Jalan Bagan Ajam 13000 Butterworth TEL : 019-4574586
|
SEBERANG PERAI SELATAN |
Lot 23252, Jalan Sekolah, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. TEL : 05-717 8077
No. 31 -33, Jalan Maharaja Satu, Pusat Bandar, 32400 Parit Buntar Perak. TEL : 05-7167329
No.1, Jalan Temenggong 1, Pusat Bandar Parit Buntar, 34200 Parit Buntar,Perak Darul Ridzuan. TEL : 05-7162318 |
SEBERANG PERAI TENGAH |
No. 6 Lorong Penanti Indah 1, Taman Penanti Indah, 14400 Kubang Semang, Pulau Pinang. TEL : 019-4574586 & 019-4728586
Lot 3424, 1619, 1511 & 850, Mukim 6, Jalan Baru, Seberang Perai Tengah, 13600, Pulau Pinang. TEL : 04-3841867
No. 26, 30, 32, Jalan Perda Barat, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau TEL : 04-5398566
T29, 32, Jalan Todak 2, Bandar Sunway, Seberang Jaya, 13700 Prai, Pulau Pinang. TEL : 04-3972710
No. 29 & 31, Lorong perda Utama 3, Taman Prominence 14000 Bukit Mertajam TEL : 016-3438829
No. 11, Jalan Teoh Moh Soo 09000 Kulim TEL : 012-3792411 |
TIMUR LAUT DAN BARAT DAYA |
258, Jalan Penang, 10000 Pulau Pinang. TEL : 04-2629915
No. 3A-B & G-M01, Kompleks Bukit Jambul, Jalan Rumbia, 11900 Georgetown, Pulau Pinang. TEL : 04-6388880
Masjid Daerah Barat Daya, Jalan Genting, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang. (Waktu Operasi: 9.30am – 9.30pm) TEL : 05-7773390 & 019-5586390 (Tempoh Penebusan sehingga 21 Mac 2023 sahaja)
24, 26 & 28, Jalan Tengah, Taman Sri Tunas, 11950 Bayan Baru, Pulau Pinang. TEL : 016-7672119
Kedai 37 Balik Pulau Market 33, Jalan Tun Sardon 11000 Balik Pulau. TEL : 012-4425660 |
Tempoh Penembusan Bantuan RM150 2023
- Tempoh penebusan Bantuan RM150 2023 ini telah pun dibuka bermula pada 8 Mac sehingga 15 April 2023.
Maklumat Lanjut
Maklumat lengkap tentang bantuan ini, anda boleh merujuk di Portal Rasmi ZPP dan semoga perkongsian tentang Bantuan RM150 2023 ini dapat membantu anda yang memerlukan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.