Batal Ke Puasa Kalau Ada Sisa Makanan Pada Celah Gigi
Batal Ke Puasa Kalau Ada Sisa Makanan Pada Celah Gigi? Isu ini selalu menjadi persoalan ramai orang apabila bulan Ramadan menjelma kerana ia adalah satu perkara penting yang perlu di ambil tahu oleh semua orang yang berpuasa.
Pertama sekali, sebelum kita ingin mengetahui hukum sesuatu perkara itu, kita perlu tahu maksud perkara tersebut terlebih dahulu. Jadi, dari segi istilah, maksud puasa ialah menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat.
Walaupun kita dilarang makan dan minum, kedua perbuatan tersebut bukanlah satu-satunya perkara yang membatalkan puasa. Selain makan dan minum, antara perbuatan yang juga boleh membatalkan puasa adalah memasukkan benda ke dalam rongga seperti mulut dan hidung.
Namun, bagaimana pula sekiranya masih terdapat sisa makanan di dalam mulut, apakah hukumnya? Batal Ke Puasa Kalau Ada Sisa Makanan Pada Celah Gigi?
Bagi menjawab persoalan Batal Ke Puasa Kalau Ada Sisa Makanan Pada Celah Gigi itu, jom kita ikuti perkongsian daripada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bawah.
Isi Kandungan
Batal Ke Puasa Kalau Ada Sisa Makanan Pada Celah Gigi?
Soalannya berbunyi:
Assalamualaikum ustaz. Bagaimana hukum seseorang yang berpuasa, namun terdapat sisa makanan yang masih wujud di dalam mulutnya, iaitu di celahan gigi-gigi? Batal Ke Puasa Kalau Ada Sisa Makanan Pada Celah Gigi? Mohon pencerahan.
Jadi jawapan yang telah dikongsikan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan dengan soalan Batal Ke Puasa Kalau Ada Sisa Makanan Pada Celah Gigi tersebut adalah:
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Pada asasnya, kita mengetahui bahawa berpuasa adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga, atau secara mudahnya, tidak boleh makan dan minum dari waktu terbit fajar sehingga berbuka. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْخَيْطُ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْخَيْطُ
Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).”
(Surah al-Baqarah: 187)
Dalam persoalan di atas, kami nukilkan kenyataan daripada pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji yang menyebut:
“Sisa-sisa makanan di celah-celah gigi yang tertelan bersama air liur, tidak membatalkan puasa sekiranya susah memahami dan meluahkannya kerana ada halangan dan tanpa sebarang halangan. kecuaiannya. Jika tiada kesulitan sedemikian, puasanya batal disebabkan kecuaiannya. ”
(Lihat al-Fiqh al-Manhaji , 2/78)
Ibn Qudamah pula menyebut:
“Sesiapa yang pada waktu paginya mendapati terdapat makanan di antara giginya, maka dia tidak terlepas daripada dua keadaan. Salah satunya adalah, jika sedikit, tidak mungkin diludahkan lalu tertelan, maka hal itu tidak membatalkan (puasa) kerana dia tidak mungkin mencegahnya sepertimana air liur. Jika makanannya banyak dan membolehkan untuk diludahkan, maka jika dia meludahkannya, maka tidak boleh membatalkan puasanya. Jika ditelan dengan sengaja, maka puasanya akan rosak menurut majoriti ulama’, kerana telah menelan makanan yang masih boleh diludahkan berdasarkan pilihannya, dan dalam keadaan sedar bahawa dia sedang berpuasa. Maka dengan demikian, dia dianggap berbuka seperti jika dia mula untuk makan.”
(Lihat al-Mughni, 3/260)
Justeru, difahami bahawa sekiranya terdapat sisa-sisa makanan di celah-celah gigi yang tertelan bersama air liur, maka ia tidak boleh membatalkan puasa seseorang. Hal ini jika sekiranya sukar untuk membezakan dan meludahkannya disebabkan ada halangan dan ia berlaku bukan kerana kecuaiannya, dan ia jika sekiranya kuantitinya adalah sedikit.
Sebaliknya, jika kuantiti sisa-sisa makanan adalah banyak, dan dia mampu untuk meluahkannya, tetapi dia tidak meludahnya, maka ia membatalkan puasa. Inilah pendapat mazhab Maliki, Syafie, Hanbali, Abu Yusuf dan Zufar. Inilah pendapat yang kami cenderung.
Semoga Allah SWT memberi kefahaman kepada kita dan mampu melaksanakan ibadah puasa dengan sebaiknya. Amin.
Wallahu a’lam.
Penutup
Semoga sedikit perkongsian tentang Batal Ke Puasa Kalau Ada Sisa Makanan Pada Celah Gigi ini memberi manfaat kepada anda di luar sana. Selamat menunaikan ibadah puasa pada Bulan Ramadan. Semoga amalan-amalan kita semua diterima oleh Allah SWT.
Anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih. Semoga bermanfaat!