Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2023/2024
Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2023/2024 merupakan keseluruhan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) untuk semua subjek bagi Tahun 4 2023/2024. RPT adalah dokumen secara ringkas isi pengajaran dan pelan proses mengajar P&P secara bertulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
RPT adalah mekanisme dalam mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang kompetatif. RPT yang disediakan oleh guru-guru perlulah dimasukan elemen pelaksanaan PAK-21 yang menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Digital Kementerian Pendidikan.
Ini adalah selaras matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam program merealisasikan Transformasi Sekolah 2025 (TS25) serta menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Isi Kandungan
Dapatkan “Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2023/2024” Di Sini
Di sini admin nak kongsikan Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2023/2024 tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Subjek |
Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2023/2024 |
Bahasa Melayu |
Sila Tekan Disini Untuk Download |
Bahasa Inggeris |
|
Matematik & DLP |
Sila Tekan Disini Untuk Download Sila Tekan Disini Untuk Download DLP |
Sains & DLP |
|
Pendidikan Islam |
|
Pendidikan Moral |
|
Pendidikan Jasmani & Kesihatan |
|
Pendidikan Muzik |
|
Pendidikan Seni Visual |
|
Sejarah |
|
Reka Bentuk Teknologi |
**Format dokumen ini adalah dalam ‘docx’
Doa Pelajar Cemerlang
Sekiranya anda guru-guru yang mengalami masalah untuk mengajar dengan berkesan dan melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, ia mungkin berpunca daripada pengamalan kaedah belajar yang salah atau keberkatan dalam belajar. Selain perkongsian tentang Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2023/2024, berikut kami kongsikan pula 7 doa bagi pelajar cemerlang yang anda sebagai guru boleh kongsikan kepada para pelajar yang boleh dijadikan panduan untuk para pelajar anda nanti. Anda juga boleh kongsikan doa-doa berikut ketika sesi P&P di dalam kelas bersama para pelajar anda untuk dijadikan doa harian dan amalan mereka untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.
- Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran):
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.
- Doa selepas mengulangkaji pelajaran:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.
- Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan:
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.
- Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.
- Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.
- Doa ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
- Doa ketika sukar untuk menjawab soalan:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
Di samping itu, di sini terdapat 7 tips belajar untuk menjadi pelajar cemerlang yang juga boleh dijadikan rujukan oleh anda sebagai guru dan disebarkan kepada para pelajar.
Penutup
Akhir kata, diharap perkongsian Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2023/2024 ini dapat membantu anda, para guru di luar sana supaya sentiasa mendapatkan sumber pengajaran yang tepat. Semoga Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2023/2024 ini bermanfaat buat anda.