Biskut Coklat Chip Ala-Ala Famous Amos Yang Tebal Dan Rangup!
Biskut Coklat Chip yang pernah viral ini sangat mudah untuk disediakan. Biskutnya yang rangup, sedap dimakan mesti kena ada di rumah anda pada Hari Raya yang bakal tiba nanti.
Kali ni admin nak kongsikan satu resepi menarik daripada seorang tukang masak terkenal Malaysia yang mendapat ratusan ‘share’ dari orang ramai. Disebabkan kita sudah hampir ke menjelang Hari Raya Aidilfitri, jadi resepi biskut raya pasti sedang hangat dibicarakan sekarang kan?
Isi Kandungan
Resepi Biskut Coklat Chip
Hari ini admin nak kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube. Anda tahu tak resepi daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang admin maksud kan ni?
Resepi Biskut Coklat Chip yang sangat sedap ini adalah ilham daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan Untuk Buat Biskut Coklat Chip
Bahan-bahan untuk pembuatan biskut coklat chip adalah:
- 1 cawan mentega (227g)
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan brown sugar
- 2 biji telur
- 2 sudu teh esen vanila
- 3 cawan tepung (plain flour)
- 1 1/4 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam (jika guna unsalted butter)
- 2 cawan semi sweet chocolate chip
- 1 cawan badam cincang – bakar seketika
Cara Penyediaan Biskut Coklat Chip
Cara-caranya adalah seperti yang berikut:
- Panaskan oven ke suhu 170C.
- Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
- Masukkan tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chip.
- Kacau sebati.
- Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
- Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Tips Menghasilkan Biskut Coklat Chip Yang Tebal Dan Rangup
Tips tambahan untuk anda daripada Che Nom adalah:
- Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup seperti “Famous Amos” sudukan ke atas dulang rapat-rapat, dan sejukkan di dalam peti sejuk selama minimum satu jam sebelum dibakar.
- Ingat, sudukan doh dulu kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk, sebab kalau dah sejuk dan keras susah pula nanti nak sudukan.
Ada yang komen biskut ni manis. Komen Che Nom ada 2 perkara:
- Bila resipi menyatakan penggunaan semi-sweet chocolate, sila lah guna semi-sweet chocolate.
- Anda boleh kurangkan gula di dalam resipi ini kepada ‘3/4 cawan gula kastor’ dan ‘3/4 cawan gula perang’, tetapi rasanya sudah tidak akan sama seperti rasa asal lagi.
Kalau nak menyediakan biskut coklat chip untuk hari raya, elok disediakan dalam saiz kecil, kaupkan doh menggunakan sudu kecil sudah memadai.
Credit Sumber: Che Nom
Jika anda mahu biskut coklat chip anda tebal dan rangup seperti Famous Amos, anda perlu cuba resepi daripada Che Nom ni tau! Admin dah try, jadi anda bila lagi!
Diharapkan semoga perkongsian tentang resepi dan tips menghasilkan Biskut Coklat Chip yang sedap ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi untuk membuat biskut raya. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!