Cara Daftar SSM Percuma Untuk Golongan B40 Dan Mahasiswa
Cara Daftar SSM Percuma untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan Mahasiswa ini adalah salah satu inisiatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendaftar perniagaan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa secara percuma melalui Program Pendaftaran Perniagaan Bersekutu (SPPP).
Melalui program ini, pemohon yang layak akan menerima pengecualian yuran (Bil Perkara Pengecualian Fi) seperti berikut:
- Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30
- Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60
- Cetakan maklumat - RM10
Isi Kandungan
Cara Daftar SSM Percuma
Pemohon yang layak boleh menghantar permohonan mereka secara dalam talian melalui portal dalam talian ezbiz.ssm.com.my dan berikut adalah langkah-langkah Cara Daftar SSM Percuma:
- Untuk mendaftar sebagai pengguna EzBiz buat kali pertama, sila layari pautan berikut – http://ezbiz.ssm.com.my
- Untuk pengaktifan ID ezbiz, anda boleh menggunakan Kaedah > Log Masuk Portal ezbiz > Profil Pengguna > Permintaan Pengesahan Pengguna > Tambah Baharu
- Lampirkan fail seperti yang diminta
- Untuk mendaftar perniagaan, anda mempunyai dua pilihan nama perniagaan
- Maklumat dan dokumen yang diperlukan
Lengkapkan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baharu (Borang A) dengan mengisi maklumat berikut:
- Nama perniagaan
- Tarikh mula perniagaan
- Tempat utama perniagaan
- Alamat kedai perniagaan (jika ada)
- Maklumat Pemilik dan Rakan Kongsi
- Jenis perniagaan yang akan dijalankan
- Serahkan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
Syarat Kelayakan Permohonan SSM Percuma
Butiran kategori yang layak memohon SPPP adalah seperti berikut:
Kategori Golongan B40 |
Kategori Golongan Mahasiswa |
|
|
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di 03-7721 4000 atau e-mel [email protected]. Anda juga boleh merujuk Portal Rasmi SSM untuk mendapatkan sebarang info terkini.
Semoga perkongsian tentang Cara Daftar SSM Percuma ini dapat membantu anda yang memerlukan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.