5 Cara Betul Kopek Kerang Dengan Mudah Dan Isi Tidak Melekat Pada Kulit
Cara Betul Kopek Kerang sangat penting untuk mengeluarkan isi kerang daripada kulitnya dengan mudah dan tidak melekat pada kulit.
Makanan berasaskan laut dan air tawar sememangnya menjadi kegemaran orang ramai lebih-lebih lagi seperti ketam, udang galah, siput sedut dan juga kerang.
Jika dilihat di kedai-kedai makan khususnya di persisiran pantai dan sungai, anda akan dapat menikmati pelbagai jenis masakan ini.
Bagaimanapun, proses mencuci dan mengopek kulit bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan lagi sesetengah kerang atau siput tertimbus di dalam selut atau tanah.
Sebut pasal kerang, umum mengetahui bahawa proses mengopeknya mengambil masa yang lama. Lebih-lebih ia berbentuk bulat dan sedikit kasar pada permukaan kulitnya.
Selain itu, isinya juga seringkali melekat pada kulit dan menjadikan kualiti turut terjejas untuk memasak.
Jadi bagaimanakah cara atau langkah yang boleh digunakan untuk mengopek kulit kerang tanpa isinya melekat? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Puan ShafiQa di Facebook Kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.
“Thanks admin approve. 1st time post sini. Bukan tak jadi, tapi nak bagi tips kopek kerang cantik macam ni. Bertahun-tahun masak kerang mesti isi lekat kat cengkerang dia,” kata Puan ShafiQa pada postingnya.
Jadi, Puan ShafiQa telah berkongsikan Cara Betul Kopek Kerang tersebut.
Cara Betul Kopek Kerang
Cara-cara yang telah dikongsikan olehnya adalah
- Didihkan air dalam periuk.
- Cuci kerang bersih-bersih.
- Air dah mendidih masukkan kerang.
- Gaul-gaul dalam 30 saat.
- Angkat kerang letak dalam air sejuk/air paip.
InshaAllah isi kerang tak melekat dah pada kulitnya!
Nota: Isi kerang half cook, untuk membuat sambal atau masakan lain sangat sesuai menggunakan cara ini.
“Untuk resepi ni saya campak-campak je tak berani nak bagi sebab saya tengok video orang Thailand masak je cuma saya kukus sekejap lepas kopek sebab tak suka kerang tu still berdarah. Untuk ratah boleh rebus 2 kali. Maksudnya selepas kopek macam ni rebus semula letak perasa.” kata Puan ShafiQa lagi.
Sumber: Puan ShafiQa
Diharapkan semoga perkongsian tentang Cara Betul Kopek Kerang ini dapat membantu anda yang sedang mencarinya. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi atau tips masakan lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!