Tips Mudah Sejukkan Suhu Rumah Hanya Guna 3 Bahan Sahaja
Tips Mudah Sejukkan Suhu Rumah bagi rumah mereka yang tidak mempunyai penyaman udara sangat penting pada musim panas seperti sekarang ini.
Suhu panas dan lembab itu sudah menjadi kebiasaan penduduk di Malaysia.
Kadang-kala ada hari yang di mana panas itu seakan tidak boleh di bawa bincang.
Bagi rumah mereka yang tidak mempunyai penyaman udara dan memiliki anak kecil, perkara ini semestinya boleh menjejaskan akitiviti harian mereka.
Mana tidaknya, dengan keadaan rumah yang sangat panas berbahang ini nak tidur malam pun pasti tidak selesa.
Tips Mudah Sejukkan Suhu Rumah
Seorang pengguna TikTok baru-baru ini ada berkongsikan Tips Mudah Sejukkan Suhu Rumah dengan murah dan mudah.
Pengguna yang menggunakan nama @iqmalfikri_pandarider itu menerusi video perkongsian tersebut berkata, cara itu hanya perlu menggunakan beberapa bahan sahaja.
Menurutnya, benda yang paling penting untuk melakukan teknik ini adalah anda perlu sediakan:
- Baldi atau bekas
- Air
- Ais
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah letak air di dalam baldi atau bekas yang disediakan, kemudian tambah ketulan ais.
Jika rumah anda menggunakan kipas jenis berdiri, anda boleh letakkan baldi atau bekas yang berisi air dan ais tadi di belakang kipas tersebut.
Udara sejuk daripada baldi atau bekas akan dihalakan ke arah kipas dan seterusnya kipas akan menghasilkan udara yang sejuk.
Selain menyejukkan udara, teknik ini juga dapat mengurangkan ruangan di dalam rumah berkuap dan panas berbahang.
Teknik ini juga boleh dilakukan di mana sahaja ruangan di dalam rumah anda yang mempunyai pengaliran udara daripada kipas siling mahupun kipas berdiri.
Tambah lelaki itu, teknik ini dapat mengurangkan wap panas di dalam rumah dan memberikan sedikit keselesaan dengan cara yang murah dan mudah.
“Tips sejukkan rumah atau bilik. Cara murah dan mudah,” tulis kapsyen muat naik video perkongsian lelaki tersebut.
Bagi anda yang tidak mempunyai penyaman udara di rumah, bolehlah guna teknik yang dikongsikan oleh lelaki ini. Teknik ini juga sesuai dilakukan kepada pelajar yang berada di kolej universiti dan asrama kerana tidak memerlukan kos yang tinggi.
Diharap perkongsian pada kali ini dapat membantu anda yang mengalami masalah rumah berkuap dan berbahang panas.
Netizen yang menonton video tersebut turut menyatakan bahawa mereka juga pernah dan ada juga yang sedang menggunakan teknik ini.
Diharapkan dengan perkongsian Tips Mudah Sejukkan Suhu Rumah ini dapat menjadikan anda di luar sana lebih bijak dalam melaksanakan kehidupan harian. Semoga perkongsian Tips Mudah Sejukkan Suhu Rumah ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.