Cara Jual Produk Sendiri Di Stesen Minyak
Cara Jual Produk Sendiri Di Stesen Minyak pasti ramai yang tidak tahu terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS).
Sebagai seorang penjual, antara perkara yang paling diperlukan ialah tempat untuk memasarkan produk selain menjualnya di kedai sendiri.
Apabila melihat produk yang dijual mendapat sambutan hangat dalam kalangan pembeli, kemungkinan pemilik akan merasakan barangan tersebut juga akan laris di kawasan lain.
Disebabkan itu, pemilihan tempat juga memainkan peranan yang besar dalam perniagaan susulan ia memberi impak positif terhadap perkembangan dan pertumbuhan sesebuah syarikat kecil.
Walau bagaimanapun, tidak mudah untuk mencari kawasan yang mempunyai kunjungan tinggi dalam harian kerana perbezaan jumlah penduduk di setiap tempat.
Jadi cara mudah yang boleh dibuat ialah dengan mendaftar produk sendiri di stesen minyak, yang merupakan tempat kunjungan orang ramai.
Cara Jual Produk Sendiri Di Stesen Minyak
Kemungkinan besar ramai yang tidak tahu mengenai cara yang diperlukan untuk memasukan produk jualan sendiri di stesen minyak, terutama bagi IKS.
Terdapat satu perkongsian mengenai Cara Jual Produk Sendiri Di Stesen Minyak oleh @petronasbkp di laman TikToknya.
Caranya mudah sahaja iaitu:
- Penjual mestilah berkunjung ke stesen minyak yang diingini.
- Pergi ke kaunter dan minta borang yang berkaitan dengan pendaftaran produk IKS daripada juruwang.
- Borang IKS mempunyai dua pilihan, yang pertama ialah barang untuk perniagaan yang menjual makanan berat. Ia termasuk hidangan seperti nasi lemak, kuih, pencuci mulut dan sebagainya. Yang kedua pula lebih kepada barangan kering, seperti biskut raya, keropok, kerepek dan lain-lain. Pilih borang yang berkaitan dengan perniagaan, kemudian isi dan hantarkan semula kepada stesen minyak tersebut.
- Dalam pada itu, peniaga juga mestilah menghantar sampel produk di stesen minyak sebelum menjualnya kepada umum.
- Selepas selesai melakukan perkara tersebut, pihak stesen minyak akan memberikan jawapan dan sekiranya diberikan kelulusan, penjual boleh mula menghantar produk mereka.
- Pastikan produk yang dijual adalah memenuhi kriteria yang diperlukan agar dapat menarik perhatian pelanggan.
Menurut Small and Midsize Enterprise (SME), terdapat tujuh kaedah pemasaran yang perlu dititik beratkan, antaranya ialah fizikal, proses, orang, tempat, promosi, produk dan harga.
Dengan mengikuti kaedah tersebut, penjual akan mendapat maklum balas yang positif dari pelanggan selain perniagaan bertambah maju.
Jadi, Cara Jual Produk Sendiri Di Stesen Minyak ini adalah salah satu kaedah terbaik untuk memasarkan produk sendiri bagi semua IKS untuk mengembangkan perniagaan kecil mereka.
Kenal pasti lokasi dan kaedah untuk menjual produk atau perkhidmatan anda supaya dapat sampai kepada pengguna akhir. Ia boleh dibuat secara langsung atau tidak langsung menerusi beberapa jenis saluran pengedaran seperti agen, pengedar, pemborong dan peruncit.
Selain itu, kaedah alternatif seperti pasaran dalam talian juga boleh digunakan untuk menjual produk atau perkhidmatan secara terus kepada pelanggan yang disasarkan.
Penggunaan tempat yang betul akan membolehkan anda untuk menembusi pasaran yang lebih besar, meningkatkan jualan dan memaksimumkan keuntungan kerana produk atau perkhidmatan anda telah sampai kepada pengguna akhir yang betul pada waktu yang tepat.
Diharapkan dengan perkongsian Cara Jual Produk Sendiri Di Stesen Minyak ini dapat membantu memudahkan anda dalam melaksanakan kehidupan harian. Semoga perkongsian Cara Jual Produk Sendiri Di Stesen Minyak ini dapat memberi manfaat juga kepada anda semua.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.