Cara Orang Lumpuh Kaki Drive Kereta Menggunakan 1 Alat Khas
Cara Orang Lumpuh Kaki Drive Kereta pasti ramai yang tidak tahu dan ini sangat penting sebenarnya untuk mereka yang memerlukan cara untuk memandu kereta walaupon dalam keadaan yang tidak sempurna.
Hidup di dunia ini tidak semua manusia akan mempunyai nasib yang sama. Ada yang dilahirkan dengan pelbagai penyakit dan ada juga yang sihat tanpa penyakit dari kecil sampai besar.
Namun, walau apa pun keadaan yang dihadapi, kita harus tetap bersyukur dengan segala nikmat kehidupan yang telah diberikan oleh Allah SWT. Semua yang berlaku pasti ada hikmahNya, serta segala ujian yang diberikan kepada seseorang insan itu pasti memberi beribu makna yang terselit di kemudian harinya.
Bagi mereka yang lumpuh kedua-dua belah kaki, mereka juga mahu berdikari dan meneruskan kehidupan sama seperti insan normal lain. Justeru, Cara Orang Lumpuh Kaki Drive Kereta ini pasti sedikit sebanyak akan membantu mereka yang memerlukan.
Cara Orang Lumpuh Kaki Drive Kereta
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @shakirzakaria6566, telah berkongsikan satu video tentang bagaimana caranya untuk dia memandu kereta walaupun dalam keadaan kakinya lumpuh.
Menurutnya, kehidupan hariannya hanyalah bergantung kepada kerusi roda atau ‘wheelchair’ untuk bergerak ke mana-mana sahaja.
Namun, disebabkan tekad dan semangatnya, Shakir berjaya membuktikan bahawa orang sepertinya juga mampu untuk berdikari dan memandu kereta.
Untuk orang lumpuh sepertinya, pedal minyak dan brek bukanlah terletak di bahagian kaki sebaliknya ia disambungkan dengan sejenis alat untuk dikawal menggunakan tangan. Alat tersebut dinamakan sebagai ‘portable hand control device’.
“Kedua-dua kaki aku lumpuh, jadi aku menggunakan portable hand control device. Satu alat yang menggunakan tangan untuk memandu kereta,” katanya menerusi video perkongsian tersebut.
Menurut Shakir, alat itu sama seperti kegunaan pedal di kaki yang memiliki dua fungsi iaitu satu untuk brek dan satu lagi untuk minyak.
“Alat ini ialah kegunaan untuk mereka yang OKU lumpuh kaki atau tiada kaki. Mereka menggunakan tangan untuk memandu,” tulis Shakir dalam video tersebut.
Selain itu, penggunaan alat itu juga dikatakan mempunyai ciri keselamatan yang diperlukan bagi mereka yang mempunyai nasib sepertinya.
“Perlu mendapatkan pengesahan keselamatan dari JPJ, lalu JPJ akan mengeluarkan surat pengesahan keselamatan untuk memandu,” tambah tulisan dalam video tersebut.
Shakir turut mendedahkan bahawa dia sudah menggunakan alat itu lebih daripada 10 tahun.
“Aku dah pakai benda ni lama dah, dekat 13 ke 14 tahun dah. Jadi mudah untuk travel pergi mana-mana pun,” akhiri Shakir dalam video tersebut.
Diharapkan dengan perkongsian Cara Orang Lumpuh Kaki Drive Kereta ini dapat membantu anda yang memerlukan dan memudahkan anda dalam melaksanakan kehidupan harian. Semoga perkongsian Cara Orang Lumpuh Kaki Drive Kereta ini dapat memberi manfaat juga kepada anda semua di luar sana.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.