2 Cara Tanam Buah Mangga Hasilnya Lebat & Merimbun
Cara Tanam Buah Mangga sangat penting supaya hasilnya dapat berbuah dengan lebat. Mangga atau mangifera indica merupakan buah yang paling diminati masyarakat kerana keenakan isinya yang berwarna oren kekuningan yang dicampuri dengan rasa masam-masam manis ketika dimasukkan ke dalam mulut.
Buah tropika ini juga amat sesuai ditanam disebabkan cuaca dan iklim di Malaysia, yang membenarkan ia tumbuh dengan optimum pada suhu 24 darjah celcius sehingga 30 darjah celcius. Walaupun ia bersesuaian dengan keadaan di sini namun tidak ramai yang berhasil mendapatkan tanaman yang baik apabila menanam buah tersebut. Ia sangat memerlukan teknik yang sesuai selain menanam di kawasan yang mengikut pH yang ditetapkan.
Walaupun begitu, usah risau kerana seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kak Chah telah berkongsi kepada umum berkenaan Cara Tanam Buah Mangga untuk mendapatkan tanaman yang lebat sehingga ia merimbun.
Terdapat sesetengah tanaman yang memerlukan baja yang bagus supaya tanaman itu berbuah lebat atau tumbuh dengan baik. Namun menurut Kak Chah, tiada baja yang terperinci digunakan tetapi hanya mengamalkan satu cara yang diketahui daripada anaknya untuk mendapatkan hasil buah yang merimbun, iaitu hanya dengan mengikuti cara orang barat.
Cara Tanam Buah Mangga Dan Tips Hasilnya Lebat & Merimbun
- Guna minyak terpakai
Dalam perkongsian di Facebook, Kak Chah menekankan bahawa dia meletakkan minyak di sekeliling pokok mangga dengan menggali lubang di sekitar pokok.
Apa yang perlu dilakukan oleh petani ialah menggunakan minyak yang terpakai dan tuang dalam lubang yang digali itu tadi untuk mendapatkan hasil yang baik.
Minyak masak tersebut mestilah tidak digunakan lagi sama ada bekas minyak gorengan ikan bilis atau goreng hati ayam dan sebagainya. Minyak tersebut hendaklah dituang dua atau tiga kaki dari batang pokok tersebut.
Hasil yang ditunjukkan sangat puas hati kerana buah akan tumbuh dengan lebat selain rasanya yang manis. Dengan mengikuti cara itu, buah akan berbuah di satu dahan ke dahan yang lain dan bukan pada satu pokok. Disebabkan itu, Kak Chah menyatakan dahan pokok mangganya telah patah akibat daripada berat menangung buah tropika itu.
Sekiranya dahan patah ketika buah belum masak, orang ramai boleh menjadikan ia sebagai hidangan kerabu.
- Tabur garam kasar
Apabila tanaman mula berbuah lebat, mesti terdapat beberapa buah yang tidak sempurna iaitu isi dalamnya mempunyai ulat buah.
Tidak perlu khuatir, bahan yang diperlukan untuk membuang ulat tersebut ialah garam kasar. Garam kasar tersebut perlulah ditabur di sekeliling, iaitu dua atau tiga kaki dari batang pokok.
Diharapkan dengan perkongsian Cara Tanam Buah Mangga ini dapat menjadikan hasil tanaman buah mangga anda juga lebat dan merimbun suatu hari nanti. Semoga perkongsian Cara Tanam Buah Mangga ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.