Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Undi Pos Bagi PRN 6 Negeri Dibuka Mulai 15 Jun 2023

Permohonan Undi Pos Bagi PRN 6 Negeri dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan dibuka mulai 15 Jun ini.

Undi Pos adalah kaedah pengundian dalam suatu pilihan raya di mana kertas undi diedarkan kepada atau dikembalikan oleh pengundi melalui pos.

Isi Kandungan

Permohonan Undi Pos Bagi PRN 6 Negeri

Permohonan Undi Pos Bagi PRN 6 Negeri dalam dan luar negara akan dibuka mulai 15 Jun 2023 bagi

  1. Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah
  2. Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang
  3. Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor
  4. Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan
  5. Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan
  6. Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak berkata, Permohonan Undi Pos Bagi PRN 6 Negeri bagi semua kategori iaitu

  • Kategori 1A (petugas pilihan raya, anggota / pegawai SPR dan petugas media)
  • Kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara)
  • Kategori 1C (agensi / organisasi)

perlu dibuat secara dalam talian (online) pada pautan berikut

>>>MySPR<<<

“Bagaimanapun, bagi anggota polis dan tentera di bawah Kategori 1A, kaedah permohonan undi pos dikekalkan secara manual menggunakan Borang 1A yang boleh dimuat turun dari Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mulai 15 Jun 2023. Borang 1A ini hendaklah diserahkan kepada pegawai pengurus Bahagian Pilihan Raya pemohon mengundi selepas mendapat perakuan oleh ketua jabatan masing-masing,” menurutnya dalam kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos dan digalakkan mendaftar lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

Ikmalrudin berkata lagi tarikh tutup permohonan undi pos bagi setiap kategori adalah seperti ketetapan berikut:

  • Kategori 1A ialah tiga hari sebelum hari penamaan calon
  • Kategori 1B pula ialah tiga hari selepas mesyuarat khas
  • Kategori 1C, enam hari selepas mesyuarat khas

“Tarikh mesyuarat khas urusan PRN bagi penetapan tarikh-tarikh penting termasuk tarikh tutup permohonan undi pos dalam dan luar negara akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Bagi penghantaran kertas undi pos kepada Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara, beliau berkata mereka perlu menghubungi SPR bagi menyemak alamat luar negara yang disimpan dalam rekod SPR serta mengemas kini alamat tersebut sekiranya telah berpindah atau telah kembali ke Malaysia.

Menurutnya, PTH luar negara boleh menghubungi talian 03-8892 7218 atau e-mel ke [email protected] selewat-lewatnya pada 23 Jun 2023.

Permohonan Undi Pos Bagi PRN 6 Negeri 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berkaitan Permohonan Undi Pos Bagi PRN 6 Negeri ini, anda boleh hubungi talian 03-8892 7218 atau 03-8892 7200.

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More