Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 (TNB Prime Scholarship)

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 adalah sebuah pinjaman pelajaran atau biasiswa buat yang berminat dan berkelayakan bagi tahun 2023. Biasiswa ini juga merupakan Program Universiti Terkemuka Luar Negara dan Program Universiti Tenaga Nasional.

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang ditubuhkan sebagai badan amanah untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), terus memastikan inisiatif dan usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat dipenuhi melalui biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang layak.

YTN terus memainkan peranannya dalam menyalurkan bantuan kewangan dan biasiswa untuk membantu pelajar cemerlang dan layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Isi Kandungan

Apa Itu TNB Prime Scholarship?

TNB Prime Scholarship merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh YTN kepada pelajar di peringkat persediaan / Asasi hingga Ijazah Sarjana Muda.

Biasiswa ini telah diwujudkan sejak tahun 1993, melalui program penajaan biasiswa di peringkat pengajian tinggi.

Pelajar dalam bidang pengajian berikut layak memohon TNB Prime Scholarship, iaitu

1. Kejuruteraan Kuasa Elektrik
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
2. Akaun / Inovasi Digital / Pengurusan IT
3. Sains Data Analitik

Syarat Kelayakan Permohonan TNB Prime Scholarship

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 adalah seperti berikut:

  • Syarat Umum
  1. Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  3. Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  5. Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  6. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
  • Syarat Kelayakan Akademik
  1. Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50; atau
  2. Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50.

Cara Permohonan TNB Prime Scholarship

Permohonan Biasiswa YTN bagi Program Asasi & Ijazah di Luar Negara dan UNITEN boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web rasmi Yayasan Tenaga Nasional TNB sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Klik pada butang ‘Apply Now.’
  • Kemudian, klik bahagian ‘Register’.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik butang ‘Register.’
  • Log masuk dengan memasukkan E-mel dan Kata Laluan yang disahkan.

Tempoh Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 ini, sila e-melkan ke [email protected] atau hubungi di talian 03 – 8924 7500.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa YTN!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More