Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Asasi TVET 2023

Program Asasi TVET 2023 adalah sebuah inisiatif baharu Politeknik kepada para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan setaraf. Permohonan kemasukan ke Program Asasi TVET Ambilan Sesi 2023/2024 bagi lepasan SPM/Setaraf telah dibuka mulai 15 Mei sehingga 13 Jun 2023.

Program Asasi TVET merupakan inisiatif terbaharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyediakan laluan baharu kepada mereka yang layak dan berminat dalam bidang TVET untuk bermula dengan program persediaan di 5 buah Politeknik terpilih dan seterusnya berpeluang meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Isi Kandungan

Program Asasi TVET 2023

Penawaran Program Asasi TVET ini bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalamIjazah Teknologi Kejuruteraan.

Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan, 5 buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.

Pembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.

Program Asasi TVET 2023

Syarat Kelayakan Kemasukan

  1. Lepasan SPM
  2. Warganegara Malaysia
  3. Memiliki SPM atau setaraf
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat 5 kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
    • 1 matapelajaran lain yang belum diambil kira kepujiaannya
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Cara Permohonan Kemasukan

Permohonan boleh dibuat melalui portal Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) sebelum tarikh tutup permohonan iaitu antara 15 Mei sehingga 13 Jun 2023 untuk kemasukan ke Program Asasi TVET Ambilan I Sesi 2023/2024.

Maklumat Pengajian

  • Tempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah selama setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan
  • Lokasi pengajian adalah:
  1. Politeknik Ungku Omar (Politeknik Premier)
  2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
  3. Politeknik Merlimau
  4. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
  5. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
  • Lepasan Program Asasi TVET 2023 diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana 4 universiti dibawah MTUN iaitu
  1. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  2. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  4. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Program Asasi TVET 2023

  • Yuran pengajian Sepenuh Masa Politeknik adalah terbahagi kepada 3 iaitu:
  1. Yuran Pengajian: RM200
  2. Yuran Asrama: RM60-RM630 (Tertakluk kepada jenis / kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan)
  3. Bayaran Pelbagai: Semester 1: Maksimum RM600, Semester Seterusnya: Maksimum RM150

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Program, Syarat Kemasukan dan Yuran kemasukan ke Program Asasi TVET 2023 anda boleh terus tekan berikut

Sila layari laman sesawang Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti atau imbas pada kod QR seperti yang tertera pada poster rasmi untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian :

Selamat membuat permohonan kemasukan ke Program Asasi TVET 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Asasi TVET 2023 Ambilan I Sesi 2023/2024.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More