Cara Bersihkan Sudu Garfu Berkarat Hanya Menggunakan 4 Bahan Sahaja!
Cara Bersihkan Sudu Garfu Berkarat ini penting dan perlu diambil tahu terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, segala benda kalau boleh kita perlu berjimat cermat, bukan?
Segala perbelanjaan dikawal dengan sehabis baik agar tidak membazir dan mengalami kerugian. Untuk kegunaan barangan di rumah pula, kalau masih boleh dibaiki pasti kita akan baikinya sendiri secara DIY. Sebagai contoh, barangan elektrik yang rosak kalau masih boleh dibaiki cuba baiki dahulu sebelum digantikan dengan yang baru.
Selain dapat berjimat cermat, kita juga dapat memanfaatkan skil atau kemahiran yang kita ada dan tidak tahu pada sebelum ini.
Seperti perkongsian dari sebuah akaun TikTok @bakul_chantiq ini, dia telah berkongsikan satu tips bagaimana cara mahu menghilangkan karat pada barangan besi seperti sudu dan garfu dengan mudah.
Cara Bersihkan Sudu Garfu Berkarat
Kalau anda ada barangan dapur yang berkarat jangan buang, cuba ikut tips pengguna ini dahulu. Mari kita ikuti tips dan Cara Bersihkan Sudu Garfu Berkarat dengan mengikuti proses tersebut.
Pertama bahan yang anda perlukan adalah:
- Bekas Kosong – Terserah kepada saiz barangan yang anda mahu lakukan untuk proses ini
- Baking Soda
- Air Panas
- Garam
- Aluminium Foil
Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah campurkan kesemua bahan tadi sehingga sebati termasuk aluminium foil yang diletakkan di bahagian bawah permukaan air.
Setelah campuran tadi terlarut, masukkan barangan karat yang anda inginkan. Secara automatik, karat tadi akan hilang dengan sendirinya.
Menurut pemilik yang muat naik video tersebut, proses ini adalah satu tindak balas kimia yang dinamakan reaksi elektrolisis.
Elektrolisis merupakan satu proses di mana arus elektrik dialirkan melalui bahan yang menyebabkan perubahan kimia.
Perubahan kimia ialah proses di mana bahan kehilangan atau memperoleh elektron (pengoksidaan atau pengurangan).
Bahan yang boleh diubah mungkin akan berbentuk elektrod, boleh membentuk larutan atau mungkin terlarut dalam larutan.
Proses ini tadilah yang telah menyebabkan karat boleh hilang dengan cara terlarut.
Diharapkan dengan perkongsian Cara Bersihkan Sudu Garfu Berkarat ini dapat membantu anda untuk menghilangkan karat pada perkakasan atau barangan rumah yang mungkin masih boleh diguna pakai.
Semoga perkongsian Cara Bersihkan Sudu Garfu Berkarat ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.