Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 (TNB Shine Sponsorship)

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional adalah sebuah pinjaman pelajaran atau biasiswa buat yang berminat dan berkelayakan. Biasiswa ini juga merupakan Program Universiti Tenaga Nasional.

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang ditubuhkan sebagai badan amanah untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), terus memastikan inisiatif dan usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat dipenuhi melalui biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang layak.

YTN terus memainkan peranannya dalam menyalurkan bantuan kewangan dan biasiswa untuk membantu pelajar cemerlang dan layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Isi Kandungan

Apa Itu TNB Shine Sponsorship?

TNB Shine Sponsorship merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh YTN kepada pelajar di peringkat Diploma/ Asasi / Ijazah Sarjana Muda.

Program UNITEN peringkat Diploma adalah terbuka kepada calon anak-anak anggota kerja TNB dan anak syarikat sahaja.

Syarat Kelayakan Permohonan TNB Shine Sponsorship

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional adalah seperti berikut:

  • Syarat Umum
  1. Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  3. Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  5. Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  6. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
  • Syarat Kelayakan Akademik
  1. Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50; atau
  2. Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50.

Cara Permohonan TNB Shine Sponsorship

Permohonan Biasiswa YTN bagi Program Asasi & Ijazah di Luar Negara dan UNITEN boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web rasmi Yayasan Tenaga Nasional TNB sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Klik pada butang ‘Apply Now.’
  • Kemudian, klik bahagian ‘Register’.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik butang ‘Register.’
  • Log masuk dengan memasukkan E-mel dan Kata Laluan yang disahkan.

Tempoh Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023

  • Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 (TNB Shine Sponsorship) ini telah dibuka secara dalam talian (online) mulai 8 hingga 25 Jun 2023 menerusi Portal Rasmi Yayasan Tenaga Nasional.
  • Semua keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini, sila e-melkan ke [email protected] atau hubungi di talian 03 – 8924 7500.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa YTN!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More