Tarikh & Lokasi Cerapan Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2023
Cerapan Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2023 akan dilaksanakan untuk melihat anak bulan bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha.
Justeru, tarikh Cerapan Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2023 adalah pada petang Ahad, 18 Jun 2023 bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijrah, demikian menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijjah dan tarikh 10 Zulhijjah, iaitu Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.
“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di lebih 20 lokasi di seluruh negara.
Isi Kandungan
Lokasi Cerapan Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2023
Lokasi-lokasi Cerapan Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2023 di seluruh Malaysia adalah:
- Pontian Kecil, Johor
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu
- Tanjung Bidara, Melaka
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
- Bukit Melawati, Kuala Selangor
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah
- Bukit Besar, Kuala Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman
- Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh
- Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan
- Pusat Falak, Miri dan Teluk Bandung, Kuching di Sarawak
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi
- Gunung Berinchang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
- Menara Kuala Lumpur
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis
Tarikh Cerapan Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2023
- Tarikh rasmi Cerapan Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2023 adalah pada petang Ahad, 18 Jun 2023 iaitu bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijrah.
Sumber: Berita RTM
Di Malaysia (dan negara-negara berkaitan), metodologi yang digunakan untuk menentukan awal bulan hijrah ketika mencerap anak bulan adalah kaedah imkanur (kedudukan) rukyah.
Kaedah tersebut meliputi gabungan kedua-dua rukyah dan hisab dan melalui itu, anak bulan boleh kelihatan dengan syarat tertentu.
Anak bulan boleh dilihat ketika matahari terbenam dengan ketinggian bulan tidak kurang dari tiga darjah dan jarak lengkung bulan ke matahari tidak kurang dari 6.4 darjah.
Sekiranya syarat tersebut dipenuhi pada hari cerapan iaitu hari ke-29 bulan hijrah, maka keesokan harinya dikira sebagai 1 hari bulan hijrah (bagi bulan yang seterusnya).
Namun, jika tidak memenuhi syarat, keesokan harinya adalah dikira sebagai 30 hari bulan hijrah.
Justeru, diharapkan semoga perkongsian tentang tarikh dan lokasi-lokasi Cerapan Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2023 bagi seluruh Malaysia ini dapat membantu semua umat Islam untuk membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.