Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program PETRONAS GEES 2023 Untuk Graduan

Program PETRONAS GEES 2023 ialah sebuah program kebolehpasaran graduan di mana GEES sendiri adalah singkatan kepada Graduate Employability Enhancement Scheme yang ditawarkan oleh salah satu syarikat besar di Malaysia iaitu PETRONAS.

Program tersebut memberi pelbagai faedah dan manfaat untuk para graduan yang menyertainya.

Melalui program yang ditawarkan ini, graduan yang masih menggangur dan baru menamatkan pengajian berpeluang untuk mengikuti program latihan bekerja dengan syarikat PETRONAS dan menerima elaun bulanan sehingga RM2,000.

Isi Kandungan

Program PETRONAS GEES 2023

Program PETRONAS GEES 2023 ini merupakan program latihan 12 bulan yang diperkenalkan oleh PETRONAS dengan kolaborasi kerajaan Malaysia dengan matlamat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui:

  • Membangun dan meningkatkan kemahiran insaniah kritikal graduan (critical soft-skills)

dan

  • Menyediakan pembelajaran berdasarkan pengalaman untuk mengembangkan sifat-sifat peribadi yang positif untuk tempat kerja

Program PETRONAS GEES 2023

Syarat Kelayakan Permohonan

Program PETRONAS GEES 2023 yang ditawarkan oleh PETRONAS ini adalah terbuka kepada graduan dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian seperti berikut:

  • Engineering & Sciences seperti
  1. Chemical
  2. Mechanical
  3. Civil
  4. Structural
  5. Electrical
  6. Electronic
  7. Mechanical
  8. Oil & Gas
  9. Industrial and Production
  10. Mathematics
  11. Chemistry
  • Business & Management seperti
  1. Accounting & Finance
  2. Actuarial Science
  3. Business Studies
  4. Economics and Commerce
  5. Human Resources
  6. Markerting and Branding
  7. Project Management
  8. Event Management
  9. Information and Records Management
  • Information Technology, Data Science and Analysis, Computer Science and Software Engineering
  • Communication & Media seperti
  1. Corporate Communication
  2. Graphic and Multimedia Design
  • Occupational Safety and Health (OSH) and Environtment
  • Bidang- bidang pengajian lain yang berkaitan

Cara Memohon

Bagi yang berminat untuk mengikuti Program PETRONAS GEES 2023 ini, permohonan boleh dibuat pada laman web PETRONAS Career dengan

  1. Klik pada ‘Apply Now‘ pada portal rasmi
  2. Klik ‘VIEW ALL JOBS
  3. Semak senarai tawaran yang dibuka
  4. Pilih mana-mana tawaran yang anda berminat dan berkelayakan untuk memohon
  5. Klik ‘Apply Now‘ untuk memohon

Faedah Mengikuti Program PETRONAS GEES 2023 

Graduan yang mengikuti Program PETRONAS GEES 2023 ini akan mendapat manfaat seperti berikut:

  1. Elaun RM2,000 setiap bulan
  2. SOCSO EIS
  3. Personal Accident Insurance

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Program PETRONAS GEES 2023 ini, anda boleh terus ke laman web PETRONAS Career dan kepada graduan yang baru menamatkan pengajian serta sedang mencari pekerjaan atau program selepas tamat pengajian, anda boleh mencuba dengan terus membuat permohonan dan semoga dipermudahkan segala urusan anda dalam mencari hala tuju kehidupan masing-masing.

Semoga info berkaitan Program PETRONAS GEES 2023 ini bermanfaat untuk anda yang memerlukan! Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More