Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Perubatan MADANI 2023, Manfaat Kesihatan Rakyat!

Skim Perubatan MADANI 2023 yang akan memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40, telah bermula 15 Jun 2023 baru-baru ini.

Ini merupakan inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.

Isi Kandungan

Skim Perubatan MADANI 2023

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Secara dasarnya, di bawah skim tersebut, penerima STR dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Fasa rintis ini akan dilaksanakan di 10 daerah yang terpilih iaitu:

  • Johor Bahru (Johor)
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Klang (Selangor)
  • Petaling (Selangor)
  • Hulu Langat (Selangor)
  • Gombak (Selangor)
  • Kinta (Perak)
  • Timur Laut (Pulau Pinang)
  • Kuching (Sarawak)
  • Kota Kinabalu (Sabah)

Skim Perubatan MADANI 2023

Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI 2023

  • Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
    • Demam dan selsema
    • Cirit-birit dan muntah
    • Terseliuh
    • Sakit kepala
    • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
  • Rawatan yang tidak termasuk adalah:
    • Imunisasi rutin
    • Saringan kesihatan
    • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
    • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
    • Perancangan keluarga rutin
    • Perkhidmatan rehabilitasi
    • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
    • Permintaan suplemen

Syarat Kelayakan Skim Perubatan MADANI 2023

Kelayakan adalah secara automatik kepada:

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga
  2. Warga emas (tanpa pasangan)
  3. Bujang

Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK MENERIMA mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim Perubatan MADANI 2023 ini daripada mana-mana skim majikan / kerajaan negeri / agensi perubatan lain.

Kategori (Bagi Penerima STR)

Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM)

Isi Rumah Berkeluarga

RM250

Warga Emas (Tanpa Pasangan)
60 tahun ke atas

RM125

Bujang (21-59 tahun)
Bujang Berstatus OKU (19-59 tahun)

RM75

Semakan Kelayakan Skim Perubatan MADANI 2023

  • Semakan kelayakan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan berikut:

<<<Semakan Kelayakan Skim Perubatan MADANI 2023 Disini>>>

  • Jika anda layak, skrin anda akan menunjukkan anda LAYAK untuk Skim Perubatan MADANI.
  • Projek rintis Skim Perubatan MADANI 2023 ini hanya melibatkan klinik di daerah yang terpilih mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2023. Sila tekan Carian Klinik untuk semakan.

Cara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani 2023

Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di Skim Perubatan MADANI 2023.

Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan.

Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.

Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.

Manfaat Skim Perubatan MADANI 2023 ini adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.

Tempoh sah laku inistaif ini bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Skim Perubatan MADANI 2023

Skim Perubatan MADANI 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Skim Perubatan MADANI 2023 ini, sila layari:

  1. Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI
  2. Portal Manfaat

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More