Cara Buat Laporan Polis Secara Online Tanpa Pergi Ke Balai
Cara Buat Laporan Polis Secara Online adalah salah satu perkara penting yang perlu diketahui oleh semua orang kerana dunia kini semua hanya di hujung jari.
Biasanya, apabila dompet tercicir, semua dokumen penting akan hilang semuanya. Kadang-kadang, kejadian sebegini berlaku tanpa kita sedar, lalu menjadikan usaha untuk menjejaki dompet yang tercicir bertambah sukar.
Malang tidak berbau, begitulah nasib kehidupan manusia yang tidak dapat lari daripada sebarang insiden yang tidak diingini. Bukan itu sahaja, ketiadaan dokumen-dokumen ini juga membataskan pergerakan kita.
Tanpa kad pengenalan, kita tidak boleh pergi ke mana-mana sebenarnya. Tanpa lesen kenderaan pula, sudah tentu kita tidak boleh memandu. Tanpa kad bank, lagi bertambah resah memikirkan bagaimana mahu mengeluarkan duit di ATM.
Kesulitan-kesulitan ini juga adakalanya menyebabkan kita mahu menyelesaikan semua masalah dihadapi dengan segera. Salah satu prosesnya mestilah dengan membuat laporan polis.
Namun begitu, untuk hadir ke Balai Polis memerlukan komitmen lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja ataupun tinggal bersendirian. Tanpa kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank, macam mana mahu bergerak?
Sebenarnya tanpa kita sedar, masalah-masalah seperti ini boleh diselesaikan dengan hujung jari sahaja. Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, Anis Suraya (@anisssurayaaa) berkongsi Cara Buat Laporan Polis Secara Online.
Cara Buat Laporan Polis Secara Online
Platform online atau pun Cara Buat Laporan Polis Secara Online ini boleh membantu orang ramai untuk membuat laporan pada bila-bila masa sahaja, tanpa perlu menjejakkan kaki ke balai polis berdekatan.
Walau bagaimanapun, perkara ini hanya termaktub bagi kes-kes yang bersifat ringan dan tidak berunsurkan jenayah.
Sebelum membuat laporan polis secara atas talian (online), pengadu perlu mengenalpasti jenis kes yang dibolehkan untuk dilaporkan secara atas talian.
Antaranya kes-kes yang dibolehkan seperti:
- Kehilangan barang penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit, telefon pintar, komputer riba dan cukai jalan.
- Kes kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen penting disebabkan bencana alam.
- Memfailkan laporan kes pembantu rumah yang melarikan diri untuk tujuan pembatalan permit.
Sekiranya anda berdepan dengan salah satu kes yang dinyataan di atas, anda layak untuk membuat laporan polis secara online dan berikut merupakan cara bagaimana untuk menfailkan laporan polis dengan segera secara atas talian (online):
- Tekan pautan berikut >>>e-Reporting<<< untuk membuat laporan.
- Daftar dan log masuk dalam laman web tersebut.
- Kemudian, periksa maklumat peribadi anda.
- Masukkan keterangan berkenaan kejadian terbabit dan tampilkan sekali bersama penjelasan berkaitan dengan kejadian tersebut.
- Hantar laporan tersebut dan anda boleh mencetaknya serta mendapatkan salinan menerusi e-mel.
Diharapkan dengan perkongsian Cara Buat Laporan Polis Secara Online ini dapat membantu anda yang memerlukan di masa akan datang jika berlaku kes-kes ringan kepada anda dan anda ingin membuat laporan polis.
Semoga perkongsian Cara Buat Laporan Polis Secara Online ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dan selepas ini anda tidak lagi perlu berjumpa dengan pegawai polis untuk membuat apa-apa laporan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.