Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023

Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023 kini telah diperluaskan kepada semua Mahasiswa yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada Mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sahaja.

Kerajaan telah menawarkan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023 berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan bahawa Mahasiswa universiti merayu Kerajaan segera menyalurkan bantuan RM200 e-dompet kepada mereka seperti diumumkan Perdana Menteri pada 7 April lalu.

Menurut mereka, bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban yang berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.

Sementara itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ketika dihubungi berkata, segala keputusan berkaitan pemberian e-dompet RM200 kepada Mahasiswa itu, akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

Justeru, berikut dikongsikan maklumat lanjut dan siaran media rasmi terkini oleh Kementerian Kewangan mengenai Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023.

Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023

Isi Kandungan

Syarat Kelayakan Permohonan / Penembusan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia.

Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:

  1. Kolej Komuniti
  2. Politeknik
  3. Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  4. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  5. Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
  6. Senior Middle 3
  7. Sijil Tinggi Agama (STAM)
  8. Diploma Kolej Vokasional
  9. Diploma dan setara institusi TVET
  10. Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
  11. A-Level
  12. International Baccalaureate Diploma
  13. Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
  14. Diploma Lanjutan
  15. Sarjana Muda dan setaraf
  16. Sarjana dan setaraf
  17. Doktor Falsafah dan setaraf
  18. Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia

Cara Membuat Permohonan / Penembusan

Belia warganegara yang layak boleh membuat penebusan melalui 3 aplikasi berikut:

Jenis Aplikasi Penembusan

Cara Penembusan

Boost

Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023

  • Boost adalah e-Dompet rasmi untuk inisiatif eBeliaRahmah 2023.
  • Pastikan anda verify akaun Boost anda sekarang dan siap sedia untuk nikmati pelbagai tawaran yang hebat.
  • Info lanjut untuk penembusan menggunakan aplikasi Boost.

Touch n Go

Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023

  • Bagi pengguna TNG, jom prepare eWallet anda sekarang.
  • Pastikan anda boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit e-Tunai Belia Rahmah RM200 & baucar-baucar ganjaran pada hari Isnin 26 Jun 2023 nanti.
  • Ketahui lebih lanjut berkaitan pengesahan akaun DISINI.
  • Video Tutorial Youtube DISINI.
  • Sahkan akaun eWallet anda hari ini DISINI.

Setel

Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023

  • Setel telah dilantik sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet program e-Tunai Belia Rahmah yang bakal tiba.
  • Para belia boleh menuntut kredit ‘one-off’ RM200 dengan lebih banyak ganjaran Setel menanti anda.
  • Jangan lupa untuk semak kriteria kelayakan, sahkan akaun Setel melalui e-KYC untuk memohon insentif e-Tunai Belia Rahmah dan nikmati tawaran ganjaran hebat yang bakal menjadi milik anda.
  • Tag kawan-kawan untuk Setel semua dengan kami.
  • Kongsi kod rujukan anda dengan rakan, dan anda berdua akan menerima Kredit Setel RM7 setelah selesai pendaftaran dan berbelanja mininum RM30.
  • Tertakluk pada Terma & Syarat.

Tarikh Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023

  • Tarikh permohonan / penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023 sebanyak RM200 secara one-off boleh ditebus mulai 26 Jun 2023 bermula pukul 8.00 pagi.
  • Tempoh pendaftaran dan tuntutan e-Tunai Belia Rahmah bagi tahun 2023 adalah mulai 26 Jun hingga 22 Ogos 2023.
  • Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing.
  • Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
  • Cara Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023 secara terperinci akan dimaklumkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet yang terbabit dalam masa terdekat.

Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023 ini, anda boleh layari Portal Rasmi e-Tunai Belia Rahmah dan sebarang info lanjut dari Kerajaan sama-sama kita nantikan serta kami akan memberikan anda info penting dari masa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More