Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong Di PDRM 2023

Jawatan Kosong Di PDRM 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di PDRM 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di PDRM 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/WANITA)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 10 Julai 2023 (Isnin)
  • Lokasi Penempatan: Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Gaji: RM2502 – RM9803
  • Kenaikan Gaji Tahunan: RM230
  • Elaun dan Kemudahan yang disediakan adalah:
  1. Elaun Tetap Perumahan: RM450
  2. Elaun Cola: RM100 – RM350
  3. Elaun Khidmat Awam: RM300
  4. Elaun Khas PDRM: RM200
  5. Elaun Seragam: RM500
  6. Elaun Istiadat (3 tahun sekali): RM3050
  7. Elaun Kasut: RM300
  8. Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di PDRM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  •  Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh permohonan secara online;
  • Kelayakan Akademik bagi lantikan Jawatan Kosong Di PDRM 2023:
  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
    diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau
  3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau
  4. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atau
  5. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
  6. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
  7. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan
    yang diiktiraf oleh kerajaan [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau
  8. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
  9. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67]; dan
  10. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Cara Memohon

Permohonan Jawatan Kosong Di PDRM 2023 ini boleh dibuat pada portal e-Pengambilan PDRM bermula 26 Jun hingga 10 Julai 2023.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di PDRM 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di PDRM 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di LPPKN 2023, Jawatan Kosong Di SPAJ 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di PDRM 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More