Bantuan iSejahtera Sehingga RM200 Telah Dikreditkan
Bantuan iSejahtera pada asasnya merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang dari kalangan:
- Warga Emas
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Ibu Tunggal
- Suri Rumah
- Bayi Berumur 2 Tahun Ke Bawah
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Isi Kandungan
Bantuan iSejahtera
Kadar Bantuan iSejahtera adalah seperti berikut:
- Program Penghargaan Warga Emas: RM200
- Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
- Program Suri Emas: RM100
Syarat Kelayakan Permohonan
Program Penghargaan Warga Emas (RM200) diberikan kepada pemohon yang berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar dan berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Program Bantuan Ibu Tunggal (RM100) pula terbuka kepada ibu tunggal berumur bawah 60 tahun dan berdaftar di dalam SPR sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Manakala, Program Suri Emas (RM100) diberikan kepada kepada golongan suri rumah dan tiada pendapatan tetap yang berumur bawah 60 tahun. Syarat sebagai pengundi masih sama seperti bantuan sebelumnya.
Kaedah Pembayaran Bantuan iSejahtera
Bagi mereka yang telah lulus permohonan, pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat.
Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.
Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi iSejahtera, pembayaran bagi Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Suri Emas telah pun dibuat mulai 16 Jun 2023.
Cara Memohon
- Untuk mereka yang masih belum membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi iSejahtera.
- Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status.
- Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.
- Semak No Kad Pengenalan.
- Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
- Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
- Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
- Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah / Pusat Khidmat KADUN / Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
- Antara dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Waris.
- Salinan penyata bank terkini / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Klik DISINI untuk cetak dokumen SPR.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan iSejahtera ini, sila rujuk Portal Rasmi iSejahtera.
Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang layak dan memerlukan.
Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.