Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong DBKL 2023

Jawatan Kosong DBKL 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong DBKL 2023

Maklumat Jawatan Kosong DBKL 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43
    • Taraf: Kontrak/Tetap
    • Jadual Gaji: RM3,611 – RM10,560
  2. JURUTERA (AWAM) GRED J41
    • Taraf: Kontrak/Tetap
    • Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
  3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
    • Taraf: Kontrak/Tetap
    • Jadual Gaji: RM1,353 – RM4,005
  4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (CALON BUKAN ISLAM) GRED J19
    • Taraf: Kontrak/Tetap
    • Jadual Gaji: RM1,377 – RM4,052
  • Tarikh Tutup Permohonan: 10 Julai 2023 (Isnin)
  • Lokasi Penempatan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong DBKL 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan adalah seperti ketetapan di bawah.

Jawatan Pegawai Perubatan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau

(b) Calon yang dilantik di bawah Seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Jurutera (Awam)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(b) Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(d) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(e) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(g) Calon hendaklah berkebolehan dan mahir dalam menggunakan software Microsoft Word/Excel/Power Point dengan baik.

Jawatan Penjaga Jentera Elektrik (Calon Bukan Islam)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(c) Calon hendaklah memastikan Sijil Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga masih belum tamat tempoh.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) sahaja dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong DBKL 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong DBKL 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di PDRM 2023, Jawatan Kosong Di Telekom Malaysia 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong DBKL 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More