Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SKMM Gesa Orang Ramai Jangan Muat Turun Aplikasi Hasad “Whatsapp Pink”

Jangan Muat Turun Aplikasi Hasad iaitu aplikasi Whatsapp yang berlogo pink, kerana aplikasi tersebut sangat mencurigakan!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini telah mengeluarkan satu amaran yang menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan aplikasi hasad, Whatsapp Pink.

Menurut SKMM, orang ramai diingatkan supaya untuk berwaspada ketika menerima atau menyertai atau memuat turun aplikasi tersebut.

SKMM turut menjelaskan bahawa aplikasi berkenaan dikatakan kononnya menawarkan ciri keselamatan serta privasi yang lebih baik.

Selain itu, aplikasi tersebut turut didakwa memiliki beberapa fitur seperti mengubahsuai antara muka dan berupaya untuk menghantar fail yang lebih besar berbanding Whatsapp yang asli.

Walau bgaimanapun, selepas pemasangan aplikasi berkenaan, ia mampu mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna.

Item tersebut berbentuk seperti gambar, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan senarai kenalan, yang boleh mendedahkan pengguna kepada risiko yang lebih serius.

Jangan Muat Turun Aplikasi Hasad Kerana Ianya Sangat Mencurigakan

Difahamkan, para pengguna akan menerima mesej dan pautan seolah-olah datang daripada pihak WhatsApp sebenar yang mengajak pengguna untuk mencuba aplikasi berkenaan.

Justeru, MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi “Pink WhatsApp” tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan.

Jangan Muat Turun Aplikasi Hasad

Pada masa yang sama, pihak berkenaan mengesyorkan agar orang ramai hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada gedung aplikasi rasmi sahaja.

Terdapat beberapa gedung aplikasi rasmi yang sangat dipercayai seperti

  • Apple App Store
  • Google Play Store
  • Huawei AppGallery

Pengguna juga turut digesa agar tidak menyebarkan sebarang pautan yang mencurigakan dan tidak sahih.

“MCMC ingin menekankan kepentingan untuk berhati-hati ketika menggunakan aplikasi mudah alih, mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi maklumat peribadi, serta mengelak daripada memuat turun aplikasi hasad.”

Pada akhir kenyataan, SKMM memberikan saranan kepada pengguna untuk terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan “Pink WhatsApp ”.

Jika anda memiliki sebarang maklumat berkaitan, aduan boleh dibuat menerusi Portal Aduan MCMC ataupun menghubungi talian hotline aduan di 1800-188-030.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Diharapkan dengan perkongsian Jangan Muat Turun Aplikasi Hasad ini dapat menyedarkan ramai pihak untuk lebih berhati-hati dan berwaspada ketika menerima atau menyertai atau memuat turun aplikasi yang mencurigakan.

Semoga perkongsian Jangan Muat Turun Aplikasi Hasad ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More