Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa/Tajaan JPA 2023

Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa/Tajaan JPA 2023 telah dibuka bermula 5 hingga 9 Julai 2023.

Seperti yang kita maklum, baru-baru ini calon-calon SPM 2022 yang layak telah membuat permohonan biasiswa/tajaan JPA, justeru kini Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa/Tajaan JPA 2023 telah dikeluarkan mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dibawah.

Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa/Tajaan JPA 2023 yang dibuka ini adalah Semakan Panggilan Temuduga Biasiswa JPA kepada mereka yang layak.

Isi Kandungan

Apa Itu Biasiswa/Tajaan JPA?

Biasiswa/Tajaan JPA ialah Program Penajaan yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar bagi membantu pelajar-pelajar yang layak dan memerlukan.

Antara program penajaan kepada pelajar yang ditawarkan daripada JPA adalah seperti berikut:

  • Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

Biasiswa ini merupakan biasiswa yang paling berprestij.

Ianya terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memberi peluang melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di dalam dan luar Negara.

  • Program Khas JPA MARA

Program Khas JPA MARA (PKJM) merupakan penajaan kepada pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti pengajian ke peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan India dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T), Sains Sosial dan Perubatan.

  • Program Penajaan Nasional (PPN)

Kerajaan telah menawarkan Biasiswa Nasional yang merupakan satu program biasiswa istimewa JPA kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengikuti pengajian di universiti-universiti terkemuka di peringkat ijazah pertama di dalam dan luar negara dalam bidang-bidang pilihan mereka yang telah diiktiraf oleh Kerajaan.

Biasiswa berprestij ini diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik lepasan SPM dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara pada masa akan datang.

  • Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

JPA telah menawarkan penajaan biasiswa kepada 300 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Seperti yang diketahui umum, negara-negara ini amat terkenal dengan daya cipta dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan industri maka program penajaan ke negara-negara tersebut akan memberi peluang kepada negara dalam menyediakan modal insan yang mempunyai daya cipta, kreativiti dan daya saing yang tinggi dan seterusnya dan mengukuhkan industri tempatan.

  • Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (LSPM)

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian ke peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan biasiswa penajaan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di dalam pelbagai bidang pengajian.

Penajaan adalah ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Government Link Company (GLC) iaitu

  1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  2. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  3. Universiti Multimedia (MMU)
  4. IPT Swasta lain yang terpilih

Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa/Tajaan JPA 2023

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa/Tajaan JPA 2023

Adalah dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa/Tajaan JPA 2023 boleh mula disemak pada 5/07/2023 (jam 10:00 am) hingga 09/07/2023 (jam 11:59 pm) sahaja.

Sila membuat Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa/Tajaan JPA 2023 anda mengikut pautan berikut:

>>>Semakan Keputusan Permohonan Program Khas JPA – MARA Tahun 2023<<<

>>>Semakan Keputusan Permohonan Program Khas JPA – PPN Tahun 2023<<<

>>>Semakan Keputusan Permohonan Program Khas JPA – JKPJ Tahun 2023<<<

>>>Semakan Keputusan Permohonan Program Khas JPA – LSPM Tahun 2023<<<

>>>Semakan Keputusan Permohonan Program Khas JPA – PIDN Tahun 2023<<<

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa/Tajaan JPA 2023 ini, sila layari laman rasmi Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan semoga anda berjaya mendapat tawaran Penajaan JPA 2023!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More