Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong MARDI Julai 2023

Jawatan Kosong MARDI Julai 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong MARDI Julai 2023

Maklumat Jawatan Kosong MARDI Julai 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. SETIAUSAHA PEJABAT N29
    • Negeri: Pahang & Selangor
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
    • Negeri: Sarawak
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  3. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
    • Negeri: Sarawak
    • Jadual Gaji: RM1,377 – RM4,052
  4. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Negeri: Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor & Terengganu
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  • Tarikh Tutup Permohonan: 16 Julai 2023 (Ahad)
  • Jabatan/Kementerian: Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong MARDI Julai 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan adalah seperti ketetapan di bawah.

Jawatan Setiausaha Pejabat

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong MARDI Julai 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(b) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95); atau
(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong MARDI Julai 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penjaga Jentera

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong MARDI Julai 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:
• A0/A1
• L1/L2(O/H)/L2(U/G) : RM1,435.12
• A4-2/A4-1/A4
• L3 : RM1,493.24
• B0-2/BO1/B0/B1/B4
• H1/H2(O/H)/H2(U/G)/H3 : RM1,551.36
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pemandu Kenderaan

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong MARDI Julai 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(b) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(c) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
• Lesen D : RM1,264.15
• Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
• Lesen F/H : RM1,356.45
• Lesen G/I : RM1,402.60
(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan kosong ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) pada Sistem e-Career MARDI.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong MARDI Julai 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong MARDI Julai 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di LKTN 2023, Jawatan Kosong Di KOGUNA 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong MARDI Julai 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More