4 Taktik Baru Scammer Tipu Kedai Makan
Taktik Baru Scammer Tipu Kedai Makan tanpa rasa bersalah dengan cara menyamar menjadi pelanggan di sebuah kedai makan telah menular baru-baru ini.
Kewujudan penipu atau ‘scammer’ telah berleluasa pada zaman kini susulan kecanggihan teknologi yang semakin meningkat dan membuatkan golongan tersebut semakin berani untuk melakukan penipuan.
Seorang lelaki di laman TikTok yang menggunakan akaun @eddytukangmasak telah memuat naik cara dan taktik bagaimana scammer tersebut menipu di kedai makan.
Dalam video berdurasi tiga minit lapan saat itu, dia menerangkan taktik scammer terbabit dengan menunjukkan contoh dan memberi nasihat kepada pemilik kedai makan.
Jelasnya, scammer tersebut akan berpura-pura menjadi pelanggan dan cuba untuk membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak menerusi panggilan telefon.
Ikuti pecahan di bawah untuk mengetahui Taktik Baru Scammer Tipu Kedai Makan tersebut.
Isi Kandungan
Taktik Baru Scammer Tipu Kedai Makan
Taktik 1: Scammer akan menelefon peniaga mengatakan mereka wakil daripada anggota tentera.
Kemudian, mereka akan membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak (contoh: 100 pax ke atas).
Setelah pesanan diambil oleh pemilik kedai, tukang masak akan membuat pesanan tanpa mengetahui orang tersebut rupanya adalah scammer.
Selepas itu, pemilik kedai makan menelefon semula scammer, memaklumkan makanan sudah siap dimasak.
Taktik 2: Scammer akan meminta pemilik makanan mencarikan pek makanan segera, dengan alasan mahu digunakan semasa masuk hutan.
Pemilik kedai makan panik kerana tidak mempunyai nombor pembekal makanan pek segera.
Taktik 3: Scammer secara tiba-tiba mencadangkan supaya pemilik kedai makan menelefon pembekal yang mereka kenal.
Mereka akan memberi nombor telefon pembekal (iaitu rakan kongsi scammer juga) kepada pemilik kedai makan dan meminta untuk membuat pesanan pek makanan segera di nombor tersebut.
Pemilik kedai membuat pesanan untuk membeli pek makanan segera dan scammer pembekal tersebut akan meminta deposit.
Taktik 4: Scammer tersebut meminta pemilik kedai makan membayar deposit terlebih dahulu dan apabila mereka mendapat duit tersebut, terus tidak dapat dikesan.
Untuk pengetahuan, scammer tersebut sebenarnya bukanlah tentera namun menipu supaya pemilik kedai terpedaya. Itulah adalah Taktik Baru Scammer Tipu Kedai Makan tersebut.
Sebagai pemilik kedai makan yang baru sahaja memulakan perniagaan semestinya mahu membuat jualan yang banyak.
Apabila mendengar pesanan yang dibuat oleh mereka (scammer) sudah tentu pemilik kedai makanan akan menerima pesanan tersebut.
Dengan menggunakan taktik tersebut scammer akan mendapat duit dan apabila selesai, mereka tidak akan mengambil makanan tersebut dan membiarkan pemilik kedai sendirian.
Meletakkan Deposit Sebelum Mengambil Pesanan
Lelaki tersebut turut berpesan dan menggalakkan peniaga baru untuk meletakkan deposit sebelum mengambil pesanan tidak kira sama ada untuk 10 bungkus atau beratus-ratus pesanan sekalipun.
Ini kerana mahu mengelakkan daripada ditipu selain berlaku pembaziran makanan. Sekiranya deposit diambil, secara tidak langsung pembuat pesanan tersebut akan hadir mengambil makanan yang dipesan.
Ujarnya lagi, walaupun tidak mempunyai hasil jualan yang banyak namun percaya kepada rezeki Allah SWT kerana rezeki itu datang daripada-Nya.
Penutup
Diharapkan dengan perkongsian Taktik Baru Scammer Tipu Kedai Makan ini dapat memberi pengajaran serta menyedarkan semua pihak terutamanya pemilik kedai makan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati daripada terkena taktik menipu scammer.
Semoga perkongsian Taktik Baru Scammer Tipu Kedai Makan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.