Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lebih 42,000 Pelajar IPTA Bakal Terima RM1500

Pelajar IPTA Bakal Terima RM1500 sebagai wang pendahuluan sebelum melanjutkan pengajian ke IPTA.

Seramai 42,946 Pelajar IPTA Bakal Terima RM1500 iaitu pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi Julai 2023 akan menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan persiapan awal pelajar.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam kenyataan tersebut memaklumkan, peruntukan berjumlah RM64.42 juta disediakan bagi tujuan itu.

Lebih 42,000 Pelajar IPTA Bakal Terima RM1500, Ini Cara Penunaian WPP

Pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui Portal Rasmi PTPTN.

Pelajar boleh menunaikan WPP di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh negara mulai 18 Julai ini dengan membawa surat tawaran WPP serta MyKad pelajar dan wakil adalah tidak dibenarkan.

“Tempoh sah laku WPP adalah dua bulan bermula 18 Julai hingga 18 September. WPP diberi kepada pelajar warganegara Malaysia yang bersetuju menerima WPP ketika memohon melalui UPUOnline atau portal kemasukan IPTA, ibu bapa atau penjaga pelajar adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sejak WPP diperkenalkan pada 1999 hingga 31 Mei 2023, seramai 969,046 pelajar sudah menerima manfaat ini dengan peruntukan berjumlah RM1.43 bilion,” kata PTPTN.

PTPTN sentiasa berusaha membantu ibu bapa dan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA, sekali gus komited memastikan tiada pelajar yang tercicir ke IPTA kerana masalah kewangan.

Pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian melalui Portal Rasmi PTPTN mengikut tarikh permohonan yang telah ditetapkan bagi setiap IPTA.

Ini bagi memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sewajarnya manakala pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Sumber: Berita Harian

Pelajar IPTA Bakal Terima RM1500

Diharapkan dengan adanya inisiatif seperti Pelajar IPTA Bakal Terima RM1500 ini ia dapat membantu ramai pelajar-pelajar yang memerlukan dan tiada lagi masalah kewangan untuk menyambung pengajian tinggi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan atau informasi yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More