8 Cara Mudah Dan Jimat Balut Hadiah Tanpa Guna Tape
Cara Mudah Dan Jimat Balut Hadiah Tanpa Guna Tape penting untuk diketahui oleh semua untuk membalut hadiah dengan mudah dan jimat serta dalam masa yang cepat.
Hadiah merupakan satu pemberian daripada ahli keluarga, kenalan atau daripada pasangan masing-masing. Kebiasaannya, ia diberikan sewaktu menyambut hari-hari yang bermakna misalnya sambutan hari kelahiran, jamuan perpisahan, hadiah ulang tahun perkahwinan, dan lain-lain event penting.
Selain itu, pemilihan hadiah juga memainkan peranan penting dan mestilah sesuai dengan karakter si penerima. Barulah hadiah yang diberikan dihargai sepenuhnya kerana setiap hadiah yang diberikan mempunyai nilai tersendiri atau mesej yang ingin disampaikan oleh pemberi kepada penerima.
Hadiah biasanya diberikan dalam bentuk bekas, kotak atau balutan agar rasa ingin tahu penerima lebih tinggi. Bagi hadiah yang menggunakan cara balutan, terdapat pelbagai jenis balutan yang boleh diaplikasikan.
Seperti yang kita tahu, antara peralatan yang wajib ada untuk membalut hadiah ialah
- Gunting
- Kertas Balutan Hadiah
- Tape (pelekat)
Namun, pernahkah anda terfikir, sebenarnya ada satu teknik balutan hadiah tanpa menggunakan tape. Menerusi cara ini, hadiah dapat dibuka dengan lebih mudah tanpa mengoyakkan kertas dan juga menjimatkan masa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian dibawah daripada @tips & tricks di Twitter.
Cara Mudah Dan Jimat Balut Hadiah Tanpa Guna Tape
Pasti ramai yang memerlukan ilmu tentang Cara Mudah Dan Jimat Balut Hadiah Tanpa Guna Tape ini, bukan?
Jom ikuti langkah berikut untuk memudahkan proses membalut hadiah anda. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menggunakan cara ini hanyalah:
- Gunting
- Kertas Balutan Hadiah
Langkah 1: Bentangkan pembalut hadiah di atas permukaan yang rata.
Langkah 2: Letakkan hadiah di atas kertas pembalut dan ukur saiz hadiah secara tiga kali.
Langkah 3: Gunting kertas pembalut mengikut ukuran yang telah diukur.
Langkah 4: Setelah selesai menggunting, bentangkan pembalut berserta hadiah di bahagian tengah. Pastikan setiap bucu pembalut hadiah bertentangan dengan sisi hadiah.
Langkah 5: Lipatkan kertas pembalut. Pada bahagian sisi, ambil lebihan sisi lipatan pertama yang terkeluar dan selitkan pada bahagian dalam. Barulah lipat masuk bahagian tepi pembalut hadiah.
Langkah 6: Buat langkah yang sama pada bahagian tepi kertas dan kemaskan lipatan.
Langkah 7: Lipat bahagian selebihnya, kemudiannya selitkan seperti sampul surat pada ruang lipatan.
Langkah 8: Hadiah siap dibalut tanpa guna tape!
Untuk lebih memahami Cara Mudah Dan Jimat Balut Hadiah Tanpa Guna Tape ini, anda boleh melihat video asal DISINI.
Credit Sumber: @tips & tricks
Begitulah Cara Mudah Dan Jimat Balut Hadiah Tanpa Guna Tape tadi yang telah dikongsikan oleh pengguna Twitter tersebut.
Diharapkan dengan perkongsian Cara Mudah Dan Jimat Balut Hadiah Tanpa Guna Tape ini dapat memberi ilmu baharu dan memudahkan anda di luar sana.
Semoga perkongsian Cara Mudah Dan Jimat Balut Hadiah Tanpa Guna Tape ini juga bermanfaat. Selamat mencuba!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi tips-tips yang menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.