Cara Betul Cuci Periuk Nasi, Elak Cepat Basi
Cara Betul Cuci Periuk Nasi hanya dengan mengikuti langkah-langkah ini mudah dan ringkas sahaja. Malah ia sangat menjimatkan kerana tidak perlu membeli periuk nasi yang baharu semata-mata kerana ingin menangani masalah nasi yang dimasak cepat basi.
Info dan cara sebegini sangat penting dan perlu diambil tahu oleh orang ramai terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, segala benda kalau boleh kita perlu berjimat cermat, bukan?
Selain dapat berjimat cermat, kita juga dapat memanfaatkan skil atau kemahiran yang kita ada dan tidak tahu pada sebelum ini.
Seperti perkongsian dari seorang pengguna Facebook yang bernama Ida Shahida, dia telah berkongsikan satu Cara Betul Cuci Periuk Nasi Agar Tidak Basi dengan mudah hanya mengikuti langkah-langkah dan menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja.
Apabila nasi selalu basi, sudah tentu ibu-ibu risau untuk hidangkan kepada seisi keluarga, bukan. Jadi, jom ikuti Cara Betul Cuci Periuk Nasi berikut untuk mengatasi masalah tersebut.
Isi Kandungan
Cara Betul Cuci Periuk Nasi Agar Tidak Basi
Pertama sekali untuk mengikuti Cara Betul Cuci Periuk Nasi itu, bahan-bahan yang anda perlukan adalah
- Garam Kasar
- Asam Gelugor / Asam Keping
- Air
Kemudian, jika semua bahan-bahan yang diperlukan di atas sudah tersedia, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Cuci periuk dengan sabun bagi bersih.
- Selepas itu, masukkan garam kasar 3 genggam penuh.
- Campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping.
- Tambah sedikit air supaya air garam dan asam dapat bersatu.
- Kisarkan periuk dengan tangan selama 3-4 minit.
- Selepas itu, biarkan selama 15 minit.
- Ulangi langkah 5 dan 6 hingga 3-4 kali.
- Buat juga langkah-langkah di atas pada tudung periuk nasi tersebut.
- Selepas itu, cuci dengan sabun.
- Terakhir bilas dengan air bersih 2 -3 kali.
- Seterusnya didihkan periuk tadi selama 15 minit dengan air bersih.
Jika anda mengikuti langkah-langkah di atas pasti nasi anda tidak akan basi lagi sehinggalah anda membiarkan nasi dalam periuk jadi basi semula selama 2-3 kali.
Masalah yang sama akan pasti berulang jika anda membiarkan lagi selepas itu nasi berada di dalam periuk sehingga nasi menjadi basi!
Kalau ada nasi lebih dicadangkan untuk masukkan ke dalam plastik dan ikat. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku, apabila ingin menggunakan nasi tersebut dikemudian hari, anda hanya perlu stimkan semula sahaja nasi itu.
Jika anda menggunakan teknik penyimpanan nasi di dalam bahagian sejuk beku ini, anda boleh jimat yang sangat banyak. Cara stimkan semula nasi yang sejuk juga ada dikongsikan dibawah.
Cara Stim
Selain kukus, anda juga boleh masukkan nasi yang sejuk tadi ke dalam periuk eletrik dan tambahkan sedikit air panas.
Kemudian, tekan cook.
Apabila sudah masak, anda buka tudung periuk dan nasi anda sudah panas. Nasi juga akan jadi cantik semula dan lembut untuk dimakan.
Jika rumah anda ada microwafe, ada satu lagi cara untuk stimkan nasi iaitu:
- Anda perlu masukkan nasi yang ingin di stimkan ke dalam mangkuk tahan panas.
- Kemudian, basahkan 2-3 helai tisu, dan perah air perlahan-lahan.
- Buka semula tisu yang diperah tadi dan letak / tudung keseluruhan bahagian atas nasi tadi.
- Tekanlah cook selama 2-3 minit.
Nasi juga akan jadi lembut dan cantik seperti baru dimasak.
Cara Panaskan
Sebelum itu, anda boleh tambahkan sedikit air panas ketika awal-awal ingin membuka tudung periuk nasi.
Tips Buka Tudung Periuk Selepas Panaskan Nasi
- Buka perlahan-lahan tudung periuk nasi itu supaya wap di tudung periuk tersebut tidak menitis masuk semula ke dalam periuk setelah semalaman bertudung sebab wap inilah yang akan membuatkan / mempercepatkan nasi menjadi basi.
- Elakkan wap yang ada di tudung periuk nasi itu jatuh semula ke dalam periuk.
Begitulah cara mudah mencuci periuk nasi untuk mengelakkan nasi cepat basi hanya mengikuti langkah-langkah tadi yang telah dikongsikan oleh pengguna Facebook tersebut.
Diharapkan dengan perkongsian Cara Betul Cuci Periuk Nasi ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah nasi basi yang pernah berlaku selama ini.
Semoga perkongsian Cara Betul Cuci Periuk Nasi ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.