Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Membuat Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023 ambilan ketiga, sesi 2023/2024 kini dibuka dan pemohon boleh mula membuat semakan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Matrikulasi KPM beserta Tarikh dan Cara Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023 untuk rujukan semua pemohon yang telah membuat permohonan.

Isi Kandungan

Apa Itu Program Matrikulasi KPM?

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan pra universiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 4 jurusan iaitu

  • Jurusan Sains

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

  • Jurusan Kejuruteraan

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

  • Jurusan Perakaunan

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

  • Jurusan Perakaunan Profesional

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma, atau Matrikulasi.

Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah

  • Memperoleh elaun daripada Kerajaan.
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti.
  • Tempoh pembelajaran yang singkat.
  • Memperoleh penerpaan soft skill.

Manakala, risiko Program Matrikulasi KPM pula adalah

  • Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu.
  • Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat Ijazah sahaja.
  • Wajib mengambil MUET.
  • Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam.

Tarikh Dan Cara Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

  • Pelajar Lepasan SPM 2022 boleh membuat Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023 ambilan ketiga Program Matrikulasi KPM pada 27 Julai 2023 mulai pukul 3.00 petang.
  • Pemohon yang berjaya perlu membuat setuju terima bermula 27 Julai 2023 hingga 30 Julai 2023 dan pendaftaran di kolej akan bermula pada 31 Julai 2023.
  • Pemohon boleh membuat Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023 secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi Program Matrikulasi KPM pada pautan di bawah

>>>Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2023<<<

  • Calon-calon yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2023/2024 dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran.
  • Antara dokumen yang perlu dicetak dan dilengkapkan adalah
  1. Surat tawaran
  2. Panduan pendaftaran pelajar
  3. Maklumat peribadi pelajar
  4. Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  6. Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023

Yuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar

Bagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 ke bawah akan diberi Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) sebanyak RM1,250 pada setiap semester.

Pelajar yang layak akan menerima BSHP dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.

Perincian yuran pendaftaran bagi pelajar Program Matrikulasi boleh merujuk pada laman sesawang rasmi Program Matrikulasi KPM.

Panduan Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023 

Cara-Cara mengemukakan Rayuan Kemasukan Matrikulasi dan Rayuan Pertukaran Program telah disediakan dan ditunjukkan secara terperinci pada video di bawah

Sumber: JOM MASUK MATRIKS

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2023 ini, sila rujuk pautan yang telah disediakan atau emelkan kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098.

Semoga anda berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2023/2024 ini!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More