Resepi Kuih Kaswi Pandan Viral Pada 2023
Resepi Kuih Kaswi Pandan Viral ini sangat mudah untuk disediakan. Kuihnya yang sedap, kenyal dan lembut pastilah membuatkan ramai yang tertarik untuk mencubanya.
Kali ni admin nak kongsikan satu resepi menarik daripada seorang tukang masak terkenal Malaysia yang mendapat ratusan ‘share’ dari orang ramai.
Admin tahu pasti ibu-ibu di rumah agak kekeringan idea mahu buat makanan atau kuih apa untuk minum petang dengan keluarga apatah lagi pada hujung minggu kan? Jadi, jangan risau, admin akan sentiasa kongsikan resepi-resepi menarik untuk semua yang tengah mencari dan ingin mencuba.
Isi Kandungan
Resepi Kuih Kaswi Pandan Viral
Hari ini admin nak kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube. Anda tahu tak resepi daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang admin maksud kan ni?
Resepi Kuih Kaswi Pandan Viral ini adalah ilham dan perkongsian resepi daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan Untuk Resepi Kuih Kaswi Pandan Viral
Bahan paling penting yang diperlukan adalah acuan kuih kaswi, pengukus dan minyak masak. Selain itu, bahan-bahan lain terbahagi kepada 2 bahagian seperti berikut.
- Bahan-bahan untuk adunan kuih kaswi adalah
- 1 cawan /130g tepung gandum
- 1 cawan /115g tepung ubi
- 3/4 cawan /150g gula putih
- 5 helai daun pandan
- 2 cawan air
- 1/4 cwn santan kotak
- 1 sudu besar air kapur
- 1/4 sudu kecil garam
- Bahan-bahan untuk kelapa parut:
- 1/2 biji kelapa parut
- 1-2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan Kuih Kaswi Pandan Viral
Cara-cara untuk menghasilkan Kuih Kaswi Pandan ini adalah seperti langkah berikut:
- Gris acuan dengan minyak masak. Lorekkan sekata.
- Gunting halus daun pandan kemudian masukkan ke dalam blender, tambah air dan kisar halus.
- Tapis pandan yang telah dikisar dan ambil air pati pandan.
- Bancuh pes kapur makan dengan sedikit air. Picit biar larut sekata.
- Sukat masuk bahan kering ke dalam mangkuk besar iaitu tepung gandum, tepung ubi dan gula putih.
- Masukkan secubit garam.
- Tuang masuk air dan santan (kalau guna santan kotak, kena campur dengan air. Nisbah 1/2 cawan santan dan 1/2 cawan air).
- Kacau sebati kesemua bahan.
- Masukkan jus pandan dan teruskan kacau.
- Masukkan air kapur (untuk naikkan rasa lemak santan).
- Tabah sedikit perwarna hijau (pilihan).
- Kacau sebati.
- Tapis adunan.
- Tuang adunan ke dalam bekas yang kecil (untuk senang tuang ke dalam acuan).
- Apabila pengukus sudah panas, tuang adunan ke dalam acuan.
- Matikan api seketika (untuk mudah menuang adunan ke dalam acuan, supaya wap panas tidak terkena tangan).
- Kukus 15 minit dengan api besar.
- Tutup api dan biarkan 5 minit di atas pengukus supaya permukaan kuih kering.
- Kemudian, sejukkan seketika dan boleh keluarkan kuih daripada acuan.
- Seterusnya, sediakan kelapa parut dan gaul dengan sedikit garam.
- Kukus selama 10 minit (untuk mengelakkan kelapa parut cepat basi).
- Hias kelapa parut pada atas permukaan kuih kaswi.
Resepi Kuih Kaswi Pandan Viral ini sangat sesuai untuk juadah minum petang bersama ahli keluarga dan antara juadah yang agak popular dikalangan masyarakat kita pada zaman sekarang.
Sedikit tips penyediaan Kuih Kaswi Pandan ini adalah,
- pastikan anda menggunakan kelapa yang segar,
- selalu kacau adunan untuk elak mendapan,
- balut penutup pengukus dengan kain untuk elak wap air jatuh, dan
- lumurkan sedikit minyak masak pada permukaan tangan dan daun pisang sebelum mengeluarkan kuih daripada acuan
bagi mendapatkan Kuih Kaswi Pandan yang sedap, lembut dan kenyal.
Credit Sumber: Che Nom
Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Kuih Kaswi Pandan Viral ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi untuk membuat juadah minum petang atau juadah untuk jualan kecil-kecilan.
Seterusnya selain Resepi Kuih Kaswi Pandan Viral ini, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!