Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelajar Baharu Darul Kifayah MAIWP 2023

Pengambilan Pelajar Baharu Darul Kifayah MAIWP 2023 kini dibuka kembali untuk semua pelajar yang layak dan memenuhi segala syarat kelayakan yang diperlukan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan kemasukan bagi pelajar baharu Darul Kifayah bagi tahun 2023 dan permohonan serta penempatan kemasukan adalah terhad.

Bagi pemohon yang tidak berjaya untuk kemasukan kali ini, tidak perlu risau kerana pengambilan kemasukan akan dibuka pada setiap tahun.

Isi Kandungan

Pengambilan Pelajar Baharu Darul Kifayah MAIWP 2023

Kompleks Darul Kifayah di bawah naungan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merupakan pusat penempatan sementara yang menyediakan kemudahan pendidikan dan asrama kepada anak-anak yatim piatu / yatim, anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Kompleks Darul Kifayah mempelawa dan menawarkan kepada mereka yang berkelayakan bagi kemasukan baru sesi pengambilan tahun 2023/2024.

Institusi ini telah ditubuhkan pada tahun 1983 yang kini beroperasi di premis MAIWP di Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur. Insititusi ini bertujuan bagi menjaga kesejahteraan anak yatim, saudara baru dan pelajar-pelajar miskin dengan

  • mengadakan tempat kediaman sementara;
  • memberi bimbingan agama dan akhlak; dan
  • mengadakan kemudahan pendidikan yang sempurna.

Pemohon untuk Pengambilan Pelajar Baharu Darul Kifayah MAIWP 2023 adalah dari kalangan anak-anak yatim / anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru yang berumur di antara 11 tahun hingga 17 tahun untuk mengisi kekosongan di Asrama Kompleks Darul Kifayah.

Permohonan kemasukan boleh dibuat bermula sekarang sehingga 14 Ogos 2023.

Pengambilan Pelajar Baharu Darul Kifayah MAIWP 2023 

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi oleh semua pemohon sebelum memohon Pengambilan Pelajar Baharu Darul Kifayah MAIWP 2023 ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Beragama Islam.
  3. Yatim, yatim piatu, asnaf fakir, miskin, dan muallaf.
  4. Berumur di antara 11 hingga 17 tahun.
  5. Sihat tubuh badan dan fizikal.
  6. Mampu membaca Al-Quran dengan baik.
  7. Masih bersekolah dan mempunyai latar belakang akademik yang baik.
  8. Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik.
  9. Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
  10. Tidak mempunyai rekod jenayah atau salah laku akhlak.
  11. Tidak mempunyai kecacatan mental.

Cara Membuat Permohonan

Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah dinyatakan, permohonan Pengambilan Pelajar Baharu Darul Kifayah MAIWP 2023 ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  • Klik pautan berikut untuk membuat permohonan

>>>Permohonan Pengambilan Pelajar Baharu Darul Kifayah MAIWP 2023<<<

  • Klik butang “Download” untuk memuat naik borang permohonan.
  • Kemudian, anda perlu isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti ketetapan berikut:
  1. Satu salinan sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon dan Ibu / Bapa / Penjaga.
  2. Satu salinan sijil kematian ibu / bapa atau sijil perceraian atau pengislaman.
  3. Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun.
  4. Satu salinan sijil peperiksaan UPSR / UPSRA / UPKK / PMR.
  5. Satu salinan slip gaji ibu / bapa / penjaga.
  • Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Kompleks Darul Kifayah,
Lot 28188, Jalan 36/10,
Taman Koperasi Polis Fasa 2,
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur.

  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diterima dan diproses.

Kemudahan Darul Kifayah MAIWP

Kemudahan yang disediakan di institusi ini adalah seperti berikut:

  • Blok Pentadbiran
  • Blok Akademik
  • Blok Penginapan Pelajar Lelaki
  • Blok Penginapan Pelajar Perempuan
  • Dewan Serbaguna yang dapat menampung 1000 orang
  • Makmal Komputer
  • Perpustakaan
  • Surau Jumaat
  • Blok Kuarters Kakitangan 5 tingkat (20 unit)
  • 5 Unit Kuarters Kakitangan
  • Post Kawalan Keselamatan
  • Padang Permainan
  • Padang Bola Jaring
  • Gelanggang Badminton & Takraw
  • Pembiayaan kos persekolahan yang menyeluruh
  • Makan Minum Harian
  • Pengangkutan pergi balik sekolah
  • Bantuan pakaian Hari raya
  • Bantuan perubatan dan lain-lain

Darul Kifayah Melahirkan Ramai Pelajar Cemerlang

Darul Kifayah telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang walaupun berasal daripada keluarga yang susah. Pendidikan awal di Darul Kifayah telah banyak memberi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk berubah dan meraih kecemerlangan.

Pilih kawan yang membawa manfaat dan bukannya memberi masalah kepada diri.

Itu antara rahsia kejayaan pelajar-pelajar cemerlang yang telah menerima anugerah atas pencapaian akademik di Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemasukan dan Pengambilan Pelajar Baharu Darul Kifayah MAIWP 2023 ini, sila hantarkan e-mel anda kepada [email protected] sebelum tempoh permohonan ditutup.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More