Covid19 Dikesan Pada Tapak Kasut
Covid19 baru-baru ini penulis ke G-Mart pakcik sekuriti tu spray tapak selipar penulis. Tertanya-tanya juga, kenapa perlu spray kasut atau selipar sebelum masuk? Kalau dekat mini market lain, pihak kedai akan sediakan hand sanitizer depan pintu. Tapi berbeza dengan G-mart tempat penulis ni.
Covid19 mudah tersebar
Rupanya, Covid19 ni boleh berada dibawah tapak kasut atau selipar. Ini adalah info yang penulis baca hasil dari perkongsian Public Health Malaysia di Facebook.
Apapun, walau dimana kita berada pastikan kebersihan diutamakan. Jaga jarak sesama kita. Dan, jangan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan. #StayAtHome
Laporan CDC terbaru menunjukkan novel coronavirus boleh tersebar melalui kasut.
Kajian yang telah dilakukan di sebuah hospital di Wuhan, China menunjukkan permukaan seperti lantai, tetikus komputer, tong sampah, penghadang katil, dan juga tombol pintu di ICU tercemar dengan COVID 19.
Mengejutkan, 100% kadar positif juga didapati pada lantai bilik farmasi yang sepatutnya bersih kerana tiada pesakit covid-19. Teori ianya merebak melalui kasut dibuktikan apabila 50% tapak kasut staf ICU juga di dapati positif. Ini menunjukkan kasut staf perubatan boleh menjadi punca kepada perebakan virus ini ke tempat lain.
Namun, kajian ini tidak dapat membuktikan samada virus yang dikesan itu adalah masih hidup atau mempunyai keupayaan untuk menjangkiti manusia.
Walabagaimanapun, kajian ini menunjukkan bertapa pentingnya kita untuk terus mengamalkan sanitasi yang baik sewaktu diluar dan pulang ke rumah.
Staf kesihatan juga diingatkan agar menggunakan full PPE setiap kali mengendalikan pesakit COVID-19.
Sumber : FB PublicHealthMalaysia