Boleh Ke Campur Minyak Kuning Dan Hijau Untuk 1 Tangki Yang Sama?
Campur Minyak Kuning Dan Hijau boleh ke? Mungkin ada diantara kita yang pernah terdengar ungkapan sebegini,
“Jangan campur minyak kuning dan hijau, tak elok untuk enjin.”
Perkara tersebut membuatkan pengguna, selalu berjaga-jaga dalam membuat pilihan semasa mengisi bahan api itu di stesen minyak. Secara tidak langsung, ramai yang percaya tanpa mengetahui kebenaran di sebalik dakwaan tersebut, dengan hanya mengisi minyak satu jenis RON sahaja untuk satu tangki.
Walau bagaimanapun, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husian, akhirnya tampil memberi penerangan lengkap berkaitan perkara tersebut.
Isi Kandungan
Boleh Ke Campur Minyak Kuning Dan Hijau?
Dalam satu perkongsian di Instagram, Shairan Huzani Husian atau lebih dikenali sebagai pakcikshell telah menjelaskan campuran minyak dan turut berkongsi cara yang selalu digunakan kepada orang ramai.
“Boleh tak kalau kita nak campur minyak hijau dan juga minyak kuning dalam tangki yang sama?”
“Boleh je, tapi kalau saya, saya buat cara lain. Selepas guna minyak kuning, dua, tiga atau empat kali. Gunakan sampai habis dahulu (RON95). Kemudian baru isi minyak hijau. Kerana minyak hijau ini, selain daripada RON yang tinggi, ia ada kesan pembersihan. Bila guna sepenuhnya, baru kesan pembersihan itu sangat berkesan. Itulah caranya,” terangnya.
Boleh Campur Minyak Kuning Dan Hijau
Jelasnya, pengguna boleh mencampurkan minyak kuning dan hijau namun minyak kuning itu perlu dihabiskan penggunaannya dahulu sebelum mengisi minyak hijau.
Tambahnya, cara ini membantu kesan pembersihan yang ada pada RON97 bertindak secara efektif untuk mencuci. Apabila minyak kuning itu digunakan sehingga habis penggunaannya, barulah kesan cuci itu berkesan kepada enjin.
Dalam pada itu, pakcikshell turut mengatakan hanya campuran minyak kuning dan hijau sahaja dibenarkan dalam penggunaan kereta. Manakala, diesel tidak boleh dicampur dengan minyak kuning dan hijau.
Netizen Komen Bersetuju Dengan Cara Tersebut
Rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan cara yang digunakan oleh pakcikshell itu susulan melihat perubahan positif setelah melakukan perkara yang sama.
Mereka turut mengatakan penggunaan RON97 ini membantu dalam melancarkan enjin walaupun harganya sedikit mahal berbanding minyak kuning.
“Saya selalu buat macam pakcik ajar ni. Sekali seminggu mesti guna RON97 secara penuh untuk bersihkan enjin motor,” komen netizen.
“Betul. Saya pun buat macam itu. Sesekali saya guna RON97 untuk pembersihan,” kata warga maya.
“Oh betullah selama ini saya buat, terima kasih atas penerangan kemas pakcik,” tambah mereka lagi.
Credit Sumber: pakcikshell
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menjadikan anda di luar sana selepas ini lebih bijak berkenaan penggunaan campuran minyak kuning dan hijau ketika mengisi minyak.
Semoga persoalan boleh ke Campur Minyak Kuning Dan Hijau dalam 1 tangki yang sama ini dapat menjawap persoalan anda selama ini dan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.