Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024

Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024 kini telah dibuka dari 1 Ogos 2023 hingga 31 Oktober 2023. Ayuh semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan ingin memasuki Taska / Tabika Kemas, mari mendaftar!

Untuk pengetahuan semua, ibu bapa boleh dapat Borang Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024 secara dalam talian sebelum tarikh tutup permohonan.

Isi Kandungan

Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak memusatkan dan mengawal Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara yang tertakluk pada Taska.

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kemas terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), iaitu untuk kanak-kanak yang berusia 2 – 4 Tahun.
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA), iaitu untuk kanak-kanak yang berusia 4 – 6 Tahun.

Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024

  1. Kanak-kanak yang memiliki status sebagai Warganegara Malaysia atau salah seorang ibu bapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun (Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun).

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024

  • Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024 akan dibuka mulai 01 Ogos hingga 31 Oktober 2023
  • Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat pada pautan dibawah atau di semua Tabika Kemas.

>>>Borang Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024<<<

  • Jumlah kanak-kanak dalam satu kelas adalah terhad, iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (berdasarkan kepada keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter persegi bagi setiap kanak-kanak).
  • Jumlah ideal untuk satu kelas adalah 25 orang kanak-kanak.
  • Borang permohonan atau borang pendaftaran yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang berkaitan perlu dihantar terus ke Tabika Kemas yang berdekatan.
  • Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima / Tolak kepada ibu bapa / penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  • Surat pemberitahuan tentang status permohonan akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat pada bulan November 2023.

Dokumen Yang Diperlukan

Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran? Penting untuk ibu bapa menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk membuat Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024.

  1. Salinan sijil kelahiran kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa / penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.

Senarai Tabika / Taska Kemas Di Seluruh Malaysia

Untuk pengetahuan semua ibu bapa, anda boleh melihat sendiri senarai Taska / Tabika Kemas di seluruh Malaysia yang kami sediakan di bawah mengikut negeri bagi memudahkan urusan anda memilih taska yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024 ini, sila rujuk terus ke Tabika yang anda pilih atau hubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Negeri / Daerah berdekatan.

Semoga anak-anak kecil anda berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran Kemasukan ke Tabika Kemas bagi Sesi 2024 nanti!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More