Lelaki Ini Kongsi Tabiat Pemakanan Gemar Minum Teh Tarik Punca Kaki Kena Potong
Tabiat Pemakanan Gemar Minum Teh Tarik adalah sangat tidak elok dan sangat membahayakan kesihatan!
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, 3.9 juta penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis.
Antara punca yang menyumbang kepada situasi ini adalah amalan gaya hidup yang tidak sihat antaranya seperti pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula serta tidak bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.
Sekiranya tidak dikawal, penyakit ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu malah lebih teruk apabila ada segelintir pesakit terpaksa dibuang kakinya.
Isi Kandungan
Apa Itu Penyakit Kencing Manis?
Penyakit kencing manis atau ‘diabetes’ merupakan sejenis penyakit yang sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Penyakit yang sering dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan ini bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, malah ia juga boleh membahayakan nyawa.
Bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis kronik, terluka akibat benda tajam harus dielakkan. Ini kerana, kesan luka itu boleh menyebabkan ia merebak dan dalam senario yang teruk ia boleh menyebabkan bahagian yang terluka perlu dipotong. Kejadian ini sering berlaku kepada pesakit yang mengalami penyakit ini diperingkat yang kronik dan tidak dirawat dengan betul.
Kaki Terpaksa Dipotong Akibat Penyakit Kencing Manis
Seperti yang terjadi kepada seorang lelaki ini menerusi perkongsian muat naik sebuah video yang menceritakan Tabiat Pemakanan Gemar Minum Teh Tarik itu menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.
Perkongsian tersebut telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @kedidi_kakipalsu. Menurut lelaki yang mesra disapa Abang Azlan, dia memberitahu bahawa dirinya telah menghidap penyakit itu sejak berumur 30 tahun yang lalu.
Dia yang kini berusia 45 tahun berkata, kakinya terpaksa dipotong selepas terluka akibat terkena paku. Kesan luka itu kemudiannya menjadi semakin teruk dan merebak sehingga menyebabkan isi di sekeliling kesan luka tersebut mereput dan berlubang.
Selepas beberapa sesi pembedahan dijalankan, doktor akhirnya menasihatkan agar kaki kanannya itu dipotong sehingga paras betis.
Tabiat Pemakanan Gemar Minum Teh Tarik Punca Kaki Terpaksa Dipotong
Berkongsi berkenaan tabiat pemakanannya, dia berkata bahawa Tabiat Pemakanan Gemar Minum Teh Tarik tidak mengira waktu merupakan antara penyebab kepada keadaannya itu.
“Abang ni minat teh tarik. Pagi petang siang malam minum teh tarik, teh ais. Dari zaman muda banyak minum air tin lah. Makan tak tentu. Tapi teh ni, teh ais ni dalam kereta memang sentiasalah ada. Habis je teh ais, sambung beli lagi, ” kata abang Azlan di dalam video tersebut.
Malah, dia juga gemar minum air tin seperti Coca Cola dan turut mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat seperti makan roti canai dan teh tarik pada pukul 3 hingga 4 pagi.
Menurut doktor, kesan pemakanan yang tidak dikawal juga menjadi penyumbang kepada keadaannya yang sekarang ini.
“Doktor kata sebab pemakanan, makan tak jaga. Bukan semestinya kita makan manis saja. Tak jaga makan, tak ikut time makan, ikut time kita ja, ” tambahnya lagi.
Menurut abang Azlan, kesan ketara penyakit kencing manis itu mula terjadi apabila umurnya meningkat kepada 45 tahun ke atas. Pada peringkat umur ini, penyakit kencing manis mula menyerang pinggang dan jantungnya.
“Punca dia mula ketara bila umur kita naik 45 tahun ke atas. Mula pingganglah dia, jantung lah. Masa umur 30 an dia tak ada, ” akhiri abang Azlan.
Harapan Penulis
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menyedarkan semua bahawa Tabiat Pemakanan Gemar Minum Teh Tarik ini tidak mengira umur sama ada muda atau tua ianya boleh membahayakan kesihatan kita terutamanya ketika umur sudah semakin menua.
Semoga perkongsian tentang Tabiat Pemakanan Gemar Minum Teh Tarik ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana.
Kepada anda yang berada diluar sana, jaga pemakanan dan jangan jadikan Tabiat Pemakanan Gemar Minum Teh Tarik ini dalam kehidupan harian. Selain itu, terus dapatkan rawatan segera dengan doktor jika mengalami simptom menghidap penyakit ini.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.