4 Perkataan Dilarang Sebut Ketika Menaiki Pesawat
Ini Perkataan Dilarang Sebut Ketika Menaiki Pesawat dan anda boleh dihukum penjara!
Baru-baru ini pesawat Malaysia Airlines MH122 terpaksa berpatah balik selepas digemparkan dengan ancaman bom semasa dalam penerbangan dari Australia ke Malaysia.
Lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan mengancam untuk meletupkan pesawat tersebut dan menyebabkan tindakan pantas berpatah balik terpaksa dilakukan.
Lelaki itu kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat dengan tegas oleh pasukan keselamatan. Namun begitu, apa sebab lelaki tersebut ditahan dan apa hukuman yang boleh dikenakan ke atasnya?
Justeru, kali ini admin akan kongsikan sebab yang boleh menyebabkan anda ditahan serta merta semasa berada di dalam pesawat jika perkara ini berlaku kepada anda!
Isi Kandungan
MH122 Ke Kuala Lumpur Terpaksa Berpatah Balik Ke Sydney
Pesawat Malaysia Airlines MH122 yang telah berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia terpaksa berpatah balik berikutan gangguan daripada penumpang di dalam pesawat.
Malaysia Airlines dalam kenyataan 14 Ogos lalu telah memaklumkan pihak berkuasa tempatan sedang menilai situasi itu.
“Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney. Penerbangan itu membawa 194 penumpang dan lima kru selamat mendarat pada 3.47 petang waktu tempatan. Keselamatan dan keselesaan kru dan penumpang kami adalah amat penting bagi Malaysia Airlines,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, portal berita antarabangsa melaporkan penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur dari Sydney terpaksa berpatah balik susulan “insiden kecemasan” di udara. MH122 berlepas dari Sydney pada 1.40 tengah hari dan mendarat semula pada 3.47 petang.
Video yang disiarkan menerusi X (Twitter) oleh individu yang didakwa berada dalam penerbangan MH122 itu menunjukkan kru penerbangan cuba menenangkan seorang lelaki yang menjerit kepada penumpang lain.
Sementara itu, Polis Persekutuan Australia menerusi media sosialnya memaklumkan pihaknya sedang bertindak terhadap kejadian kecemasan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.
“Kemas kini akan dikeluarkan pada masa yang sesuai,” menurutnya.
Perkataan Dilarang Sebut Ketika Menaiki Pesawat
Berikutan insiden tersebut, seorang lelaki yang dipercayai bekerja sebagai juruterbang telah berkongsikan sebuah video berkenaan 4 Perkataan Dilarang Sebut Ketika Menaiki Pesawat. Perkongsian tersebut telah dikongsi oleh beliau di TikToknya dengan menggunakan nama @abangcaptain.
Kalau anda berhasrat untuk pergi ke luar negara dalam masa terdekat, sila jaga tutur kata anda semasa di dalam sesebuah pesawat. Ini kerana, semasa di dalam pesawat terdapat beberapa perkataan yang dilarang sama sekali untuk disebut walaupun hanya bertujuan untuk bergurau.
4 Perkataan Pantang Larang Untuk Disebut Ketika Dalam Penerbangan
Menurut lelaki itu, ini adalah empat Perkataan Dilarang Sebut Ketika Menaiki Pesawat iaitu
- Bom.
- Pistol.
- Pengganas.
- Hijack.
Kesemua perkataan itu dikatakan sebagai pantang larang atau ‘taboo’ untuk disebut semasa dalam penerbangan. Walau dengan bergurau sekalipun, mereka yang menyebut perkataan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Perkataan-perkataan seperti bom, terrorist, pistol, hijack dan sewaktu dengannya atau sama maksud dengannya. Benda ni serius dan bukan main-main,” terang lelaki tersebut.
Tambahnya, mereka yang menyebut perkataan-perkataan tersebut dengan serta-merta akan diambil tindakan oleh anak kapal yang bertugas. Suspek akan diasingkan daripada penumpang lain ke satu ruangan yang berasingan sehingga pesawat berjaya mendarat.
4 Perkataan Dilarang Sebut Ketika Menaiki Pesawat Tersebut Adalah Satu Kesalahan
Memetik Astro Awani, kesalahan seperti itu berada di bawah Peraturan 8(1) Peraturan-Peraturan PBB (Langkah-Langkah Anti-Keganasan).
Di mana ia merupakan kesalahan bagi seseorang untuk membuat dakwaan palsu mengenai tindakan pengganas, sama ada telah, sedang atau akan dijalankan.
Penumpang yang melakukan kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi USD500,000 (RM2.3 juta) atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Harapan Penulis
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menyedarkan semua bahawa Perkataan Dilarang Sebut Ketika Menaiki Pesawat ini sangat penting dan jangan sekali-kali kita cuba untuk menyebutnya ketika sedang dalam penerbangan walaupun hanya dengan niat untuk bergurau.
Adalah lebih baik diam atau lontarkan perkataan yang baik-baik sahaja supaya perjalanan kita juga selamat. Semoga perkongsian tentang 4 Perkataan Dilarang Sebut Ketika Menaiki Pesawat ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.