Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023 telah mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini telah mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Tahun 2023 yang dikatakan akan bermula lebih awal iaitu pada 5 Disember depan.

Pengumuman itu dimaklumkan oleh KPM menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya baru-baru ini. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Media melaporkan peperiksaan SPM 2023 bakal bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024 sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.

Isi Kandungan

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Peperiksaan itu akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan. Bagi peperiksaan bertulis, ia akan mula berlangsung pada 30 Januari dan kertas terakhir pada 7 Mac 2024.

Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu.

Berikut dikongsikan tarikh terkini Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023 untuk makluman semua, khususnya calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini.

Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 telah mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Credit Sumber: Jadual SPM 2023

Langkah Mengawalkan SPM 2023

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyifatkan langkah mengawalkan SPM itu merupakan langkah pertama untuk mengembalikan jadual persekolahan kembali seperti sediakala.

Perkara itu penting kerana tarikh peperiksaan paling sesuai adalah seperti sebelum pandemik iaitu pada November dan Disember yang merupakan tempoh cuti yang panjang, sekali gus memudahkan KPM menggunakan waktu dan ruang yang ada untuk menjalankan peperiksaan.

Tarikh-Tarikh Penting Peperiksaan SPM 2023

Tarikh-tarikh Penting Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia bagi Tahun 2023 yang telah dikeluarkan oleh KPM adalah seperti berikut.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Hari Tiada Peperiksaan

Walau bagaimanapun, calon diberikan pelepasan pada hari minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Manakala 10 hari lagi hari peperiksaan tidak akan dijalankan peperiksaan SPM kerana melibatkan Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Hari tiada peperiksaan yang dinyatakan adalah seperti berikut:

  • Hari Krismas (25 Disember 2023).
  • Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan (14 Dan 15 Januari 2024).
  • Hari Thaipusam (25 Januari 2024).
  • Hari Wilayah (1 Februari 2024).
  • Israk Mikraj (8 Februari 2024).
  • Tahun Baharu Cina (10 – 12 Februari 2024).
  • Pertabalan Sultan Terengganu (4 Mac 2024).

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan

Tambah KPM, bagi calon sekolah, pernyataan pendaftaran peperiksaan akan dicetak oleh pihak sekolah dan diedarkan kepada calon. Manakala calon perlu memuat turun sendiri pernyataan pendaftaran peperiksaan daripada Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian bagi calon persendirian.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Peringatan Kepada Semua Calon SPM 2023

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023 juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan berikut:

>>>Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023<<<

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Selain itu, Amaran Peperiksaan / Pentaksiran Kepada Calon juga ada disediakan DISINI untuk rujukan calon. Selamat berjaya kepada semua calon!

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi KPM di talian 03-88843785/3787/3411/3114, atau menerusi e-mel [email protected] dan Sistem Pengurusan Aduan Awam di pautan berikut:

>>>Sistem Pengurusan Aduan Awam<<<

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023 ini, sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan untuk dapatkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023.

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023 ini dapat memudahkan urusan anda yang akan menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nanti dan memberi makluman awal kepada anda untuk membuat persediaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Seterusnya, jika anda memerlukan lagi info-info berkaitan pendidikan atau informasi yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More