Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SUDAH BERSEDIA MASUK BEKERJA SEMULA? INI GARIS PANDUAN OFFICIAL DARI MKN 2020

Sudahkah anda bersedia untuk bekerja semula? Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Sempena Hari Buruh pada Jumaat mengumumkan pembukaan hampir semua aktiviti ekonomi bermula 4 Mei ini, beberapa garis panduan kesihatan dan keselamatan tetap perlu dipatuhi. berikut merupakan garis panduan tersebut :

Mengamalkan langkah-langkah kesihatan:

  • Penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter dalam semua keadaan
  • Memakai face-mask; digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu

Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi:

  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand-sanitizer
  • Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan
  • Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan:

  • Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan
  • Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenalpasti simptom Covid-19 termasuk pemeriksaan suhu badan
  • Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai
  • Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19
  • Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul
SUDAH BERSEDIA MASUK BEKERJA SEMULA? INI GARIS PANDUAN OFFICIAL DARI MKN 2020 2
bekerja semula

Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan:

  • Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola speak, dan kelab malam tidak dibenarkan
  • Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan (contact) tidak dibenarkan
  • Majlis kenduri-kendara/rumah terbuka/aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan atau dihadkan dengan ketat

WALAUPUN kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) mulai 4 Mei ini, masih ada aktiviti yang tidak dibenarkan.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) aktiviti dilarang itu berdasarkan justifikasi dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk sukar mengawal keperilakuan dan keadaan di mana terdapat ramai orang, kemungkinan kontak rapat yang tidak dapat dielakkan dan pendedahan kepada titisan pernafasan serta keberadaan di dalam ruang rapat dan tertutup pada masa sama.

Berikut adalah senarai aktiviti yang dilarang apabila bekerja semula:

1.Hiburan dan Riadah

  • Panggung wayang
  • Pusat karoake
  • Taman tema
  • Muzium
  • Busking
  • Pusat Refleksologi
  • Pusat Hiburan
  • Kelab Malam

2.Perayaan, perarakan dan perhimpunan

  • Perarakan keagamaan
  • Aktiviti agama berjemaah di masjid / rumah ibadat
  • Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
  • Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)
  • Perhimpunan bulanan Jabatan kerajaan dan swasta
  • Majlis perasmian

3. Persidangangan dan Pameran

  • Pameran Kerjaya
  • Pameran Perkahwinan
  • Promosi dan Pakej Pelancongan
  • Karnival Jualan
  • Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan ramai

4. Pendidikan

  • Sukan semasa sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan

  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
  • Acara berkumpulan di luar yang melebihi 10 orang. Contoh larian, kayuhan basikal, konvoi motosikal dan sebagainya
  • Segala aktiviti sukan dalaman (termasuk gimnasium)
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan (Contact Sports). Contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang

6. Aktiviti Sosial

  • Kenduri–kendara
  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
  • Rumah Terbuka
  • Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan budaya. Contoh: ceramah, gotong-royong, lawatan dan seumpamanya
  •  

7. Pengangkutan

  • Kapal Persiaran

8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan dan Minuman

  • Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
  • Bazar Ramadan
  • Bazar Hari Raya
  • Karnival Jualan

9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor

  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina

  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

  • Aktiviti Fitting Pakaian

12. Dobi ( khusus dobi layan diri)

  • Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi

15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan

16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

17. Pengurusan Perhutanan

  • Ekopelancongan Hutan
  • Latihan Perhutanan

18. Perlombongan Dan Pengkuarian

  • Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19. Perladangan dan Pertanian

  • Hari Bertemu Pelanggan
  • Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/ Seminar
  • Konvokesyen Institut Pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya 

20. Perikanan

  • Aktiviti perikanan rekreasi
  • Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

21. Seni Kreatif

  • Penggambaran filem
  • Acara/Konsert/Program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

22. Kebudayaan Dan Kesenian

  • Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

23. Pelancongan dan Perhotelan

  • Penggunaan Fasiliti Hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan, restoran dan kafe (bagi tujuan buffet)MKN berkata, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bersediakah anda untuk menjalani norma baharu ini? Semoga semua rakyat dapat patuh SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini demi keselamatan kita bersama. Perlu diingatkan bahawa kita masih belum menang dalam melawan covid-19.

SUDAH BERSEDIA MASUK BEKERJA SEMULA? INI GARIS PANDUAN OFFICIAL DARI MKN 2020 3
bekerja semula

Sumber: awani, MKN

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More