Bantuan Tunai RM8000 Untuk Golongan B40 Yang Layak
Bantuan Tunai RM8000 untuk semua golongan B40 yang layak! Ini adalah cara untuk membuat tuntutan dan senarai penerimanya!
Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pada Februari lalu.
Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Skim Perlindungan mySalam (mySalam) bagi tahun 2023 dan berikut adalah maklumat lanjut berkenan skim bantuan ini.
Isi Kandungan
Bantuan Tunai RM8000 mySalam
Skim perlindungan masyarakat mySalam pada asasnya merupakan sebuah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia terutamanya dari kalangan B40.
Antara manfaat utama mySalam adalah pembayaran tunai RM8000 yang dibayar sekali (one-off) apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Senarai 45 penyakit kritikal yang boleh membuat tuntutan Bantuan Tunai RM8000 ini adalah seperti berikut.
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk.
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari.
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian.
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu.
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih.
- Pembedahan Otak.
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal.
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu.
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang.
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan.
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari.
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih.
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian.
- Kegagalan Hati Tahap Akhir.
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir.
- AIDS Dengan Gejala Penuh.
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu.
- Hepatitis Viral Fulminan.
- Pembedahan Injap Jantung.
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah.
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang.
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari).
- Hilang Keupayaan Bertutur.
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian.
- Transplan Organ Utama / Sumsum Tulang.
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan.
- Sklerosis Multipel.
- Distrofi Otot.
- Kelumpuhan Anggota.
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian.
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu.
- Penyakit Arteri Koronari Serius.
- Strok / Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan.
- Pembedahan Aorta.
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk.
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu.
- Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV) Dijangkiti Melalui Pekerjaan.
- Penyakit Terminal.
- Penyakit Sistik Medular.
- Sindrom Apallik (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan).
- Poliomielitis.
- Skleroderma Progresif.
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik.
- Elefantiasis (Penyakit Untut).
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila).
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Tunai RM8000 mySalam
Syarat-syarat kelayakan Bantuan Tunai RM8000 mySalam ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2023 dari kalangan B40.
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Individu bujang berumur antara 21 hingga 65 tahun.
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun.
Cara Membuat Tuntunan Bantuan Tunai RM8000 mySalam
Tuntutan mySalam bagi penyakit kritikal boleh dibuat seperti mana tatacara yang ditetapkan berikut.
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam Skim Perlindungan Masyarakat dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
- Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam Skim Perlindungan Masyarakat dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg.
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor.
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang).
- Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Anggaran masa untuk memproses tuntutan ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan, i.e. dokumen tidak lengkap, boleh diakses melalui Portal Rasmi mySalam Skim Perlindungan Masyarakat. Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. Maklumat ini juga boleh diakses melalui Portal Rasmi mySalam Skim Perlindungan Masyarakat.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan Bantuan Tunai RM8000 ini, semakan dan tuntutan boleh dibaca serta dikemukakan pada Portal Rasmi mySalam Skim Perlindungan Masyarakat.
Diharapkan info tentang Bantuan Tunai RM8000 ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya daripada golongan B40.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.