OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas Terkini 2023
OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas kini sedang dilaksanakan di seluruh negara. OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas ini dilaksanakan bagi memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi oleh semua pengguna tanpa kompromi.
Antara OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas yang telah dilaksanakan adalah pengguna jalan raya perlu berwaspada dengan memastikan kenderaan yang dibawa tidak berhenti melepasi garisan putih ketika menunggu lampu isyarat bertukar.
Ia bagi mengelakkan anda daripada melakukan kesalahan sehingga boleh didenda oleh pihak berkuasa.
Walaupun tindakan berhenti melepasi garisan putih mungkin tidak disengajakan, namun perkara tersebut apabila berlaku ia sudah melanggar peraturan jalan raya.
Seperti yang kita semua sedia maklum, peraturan jalan raya dicipta bagi memastikan keselamatan lalu lintas dan jalan raya terjamin. Apabila dilanggar, ia mungkin boleh mendatangkan malapetaka yang tidak diinginkan kepada diri sendiri atau pengguna jalan yang lain.
Justeru, patuhilah segala peraturan yang telah ditetapkan supaya kita sentiasa terselamat dan tidak membahayakan diri sendiri mahu pun orang lain.
Isi Kandungan
OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas, Melepasi Di Garisan Putih Menyalahi Undang-Undang Jalan Raya
Pada 28 Julai lalu, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan pelaksanaan OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas di seluruh negara.
Salah satu daripada operasi yang dijalankan adalah Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) iaitu Tidak Boleh Memberhentikan Kenderaan Di Lintasan.
Terdapat beberapa perkara yang terkandung di dalam peraturan berkenaan iaitu
- Pemandu kenderaan tidak boleh menyebabkan kenderaan atau mana-mana bahagian kenderaannya berhenti di dalam kawasan lintasan melainkan sama ada dia dilarang daripada bergerak oleh keadaan yang diluar kawalannya atau jika perlu baginya untuk berhenti bagi mengelakkan kemalangan.
- Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
- Pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi peraturan lalulintas dan tidak berhenti melebihi garisan putih kerana perbuatan ini adalah salah satu punca berlakunya kesesakan lalu lintas, berlakunya kemalangan dan juga boleh mengganggu pengguna jalanraya yang lain.
Justeru, JSPT menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
Kredit Sumber: Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Operasi Patuhi Lalu Lintas Akan Dilaksanakan Di Seluruh Negara – PDRM
Terdahulu, PDRM melalui JSPT telah mengeluarkan kenyataan akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap semua pengguna jalan raya di seluruh negara.
Tindakan tersebut diambil bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.
Timbalan Pengarah JSPT, Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, tindakan pematuhan peraturan lalu lintas yang dilakukan meliputi
- operasi lampu isyarat merah,
- nombor pendaftaran, dan
- halangan lalu lintas.
“Selain itu, turut dilaksanakan operasi garisan putih, parkir haram dan kempen op didik,” katanya dalam kenyataan kepada media pada 28 Julai lalu.
Menurut beliau, operasi penguatkuasaan ini dilaksanakan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah dengan memberi tumpuan kawasan kerap berlaku kemalangan dan ketidakpatuhan peraturan lalu lintas.
Justeru, Mohd. Nasri menasihati kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
“Ini bagi memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi. Kerjasama daripada pihak orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain,” ujarnya.
Harapan Penulis
Diharapkan dengan perkongsian OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas ini dapat memberikan manfaat untuk semua pengguna jalan raya di luar sana.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.