Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 Terkini
Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 yang terbaharu kini telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi oleh semua pengguna tanpa kompromi.
Jom ikuti perkembangan terbaharu berkaitan Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 dibawah.
Isi Kandungan
Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 – Peraturan Ketelusan Cahaya (VLT)
Pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan bagi kesalahan pertama.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan berkata, bagi sabitan berikutnya pula, denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Menurutnya, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ pada Mei 2019 telah memperkenalkan peraturan baharu mengenai pemakaian cermin gelap kepada kenderaan persendirian.
- Cermin depan kekal 70 %.
- Cermin sisi bahagian pemandu & cermin sisi penumpang hadapan kekal 50%.
Berikut dikongsikan kenyataan media berkaitan Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ bertarikh 6 Oktober 2023 untuk makluman umum semua rakyat Malaysia.
Kredit Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Permohonan Cermin Gelap JPJ
Mengikuti perkembangan terkini Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023, tidak semua rakyat Malaysia boleh sesuka hati memasang tinted di cermin kereta mereka.
Rakyat Malaysia yang bercadang menggunakan cermin tinted di kenderaan mereka perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada pihak JPJ dan berikut merupakan golongan yang layak membuat permohonan ini:
- Permohonan Berasaskan Kesihatan.
- Permohonan Berasaskan Keselamatan.
Maklumat lanjut berkaitan permohonan tersebut adalah seperti berikut.
Permohonan Penggunaan Cermin Gelap |
Jenis Permohonan |
Bayaran Fi |
Tempoh Kelulusan |
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan |
||
Permohonan |
Perakuan |
|||||
Kesihatan |
Kenderaan Persendirian |
Baharu |
Tiada |
Tiada |
2 Tahun |
|
Pembaharuan |
Tiada |
Tiada |
||||
Pertukaran |
Tiada |
Tiada |
||||
Keselamatan |
Kenderaan Persendirian |
Baharu |
RM50.00 |
RM5,000.00 |
5 Tahun |
|
Pembaharuan |
RM50.00 |
RM5,000.00 |
||||
Pertukaran |
RM50.00 |
Tiada |
||||
Kenderaan Majikan |
Baharu |
RM50.00 |
Tiada |
2 Tahun |
|
|
Pembaharuan |
RM50.00 |
Tiada |
||||
Pertukaran |
RM50.00 |
Tiada |
||||
Kenderaan Persendirian |
Baharu |
RM50.00 |
RM5,000.00 |
5 Tahun |
|
|
Pembaharuan |
RM50.00 |
RM5,000.00 |
||||
Pertukaran |
RM50.00 |
Tiada |
Proses Permohonan Cermin Gelap JPJ
Langkah-langkah untuk proses permohonan cermin gelap JPJ adalah seperti berikut:
- Bayaran Fi Permohonan (RM 50.00) boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian (online) di Portal Awam JPJ.
- Permohonan akan disemak oleh satu jawatankuasa khas.
- Surat keputusan akan dikeluarkan.
- Setelah diluluskan, pembayaran Fi Perakuan (RM 5,000.00) perlu dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian (online) di Portal Awam JPJ.
Bagi urusan permohonan cermin gelap JPJ di pejabat JPJ, pastikan anda mendapatkan nombor giliran menggunakan JPJEQ bagi memudahkan urusan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau perubahan terkini tentang Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 ini, anda boleh melayari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan dari semasa ke semasa.
Diharapkan dengan perkongsian Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua pengguna jalan raya di luar sana.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.