28 Skim Bantuan Zakat MAIWP 2023
Bantuan Zakat MAIWP 2023 kini telah menawarkan hampir 30 skim bantuan zakat kepada golongan asnaf di seluruh Wilayah Persekutuan.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berpegang kepada slogannya ‘Memacu Kegemilangan Ummah,’ telah dan sentiasa berusaha gigih untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam, terutamanya golongan asnaf, melalui penyampaian bantuan zakat.
MAIWP memiliki visi untuk menjadi pemimpin dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah, dan memiliki misi untuk merealisasikan agenda pembangunan ummah secara sistematik dan menyeluruh.
Dengan visi dan misi ini, MAIWP mengambil tanggungjawab untuk menyediakan pelbagai skim bantuan zakat kepada golongan fakir miskin umat Islam.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP menyatakan bahawa mereka berkerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyelaraskan bantuan kepada golongan fakir miskin dalam semua aspek kehidupan mereka.
MAIWP telah mengesahkan bahawa sebanyak 21,556 keluarga golongan fakir miskin di Kuala Lumpur telah menerima Bantuan Kewangan Bulanan, yang termasuk dalam bantuan Pembangunan Asnaf.
Selain itu, terdapat juga beberapa jenis bantuan lain yang disediakan oleh MAIWP. Jom lihat dibawah.
Isi Kandungan
Jenis Skim Bantuan Zakat MAIWP 2023
Secara umumnya, terdapat pelbagai Skim Bantuan Zakat yang ditawarkan oleh MAIWP mengikut beberapa kategori tertentu seperti pembangunan asnaf, tempat tinggal, pendidikan, ekonomi, dan juga pembangunan ummah.
Pihak MAIWP mempunyai kategori tertentu bagi setiap jenis bantuan zakat yang ditawarkan mengikut keperluan utama bagi setiap golongan masyarakat, antaranya ialah seperti yang dinyatakan dibawah.
Pembangunan Asnaf
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Bantuan Aidilfitri
- Bantuan Khairat Asnaf
- Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
- Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,AM dan Khas kanak-kanak OKU)
- Bantuan Guaman Syarie
- Bantuan Perkahwinan
- Bantuan Kecemasan
- Bantuan Musibah
- Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
Perlindungan
- Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
- Bantuan Membina / Membaiki Rumah
- Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah
Ekonomi
- Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan
- Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan
- Bantuan Motosikal Orang Kurang Upaya (OKU)
- Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
- Bantuan Deposit Kenderaan Perniagaan
Pendidikan
- Bantuan Am Persekolahan & Persediaan Sekolah Berasrama
- Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
- Bantuan Tuisyen
- Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT
- Bantuan Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
- Bantuan Pelajaran Kolej Universiti Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PIUC)
- Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
- Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang
Pembangunan Ummah
- Bantuan Aktiviti Dakwah & Kebajikan
- Bantuan Institusi Tahfiz dan Rumah Perlindungan
Siapakah Yang Boleh Memohon Bantuan Zakat MAIWP 2023 Ini?
Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab.
Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Zakat MAIWP 2023
Syarat-syarat umum permohonan Bantuan Zakat MAIWP 2023 ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
- Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah.
Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.
Cara Membuat Permohonan Bantuan Zakat MAIWP 2023
- Permohonan Bantuan Zakat MAIWP 2023 ini boleh dibuat dengan terus ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web MAIWP untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan serta melengkapkan borang-borang permohonan seperti di pautan berikut
>>>Borang Bantuan Perubatan<<<
- Senarai semak setiap borang adalah berbeza, anda perlu melihat senarai semak untuk kategori dan jenis yang anda memohon sahaja.
- Sekali lagi diingatkan, anda hanya perlu memilih mana-mana senarai semak yang berkaitan dengan permohonan anda sahaja.
Jumlah Bantuan Zakat MAIWP 2023
Untuk makluman semua, jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada setiap pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
Semua bantuan yang diberikanbukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula. Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan Bantuan Zakat MAIWP 2023 ini, anda boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau hubungi talian 03 – 4047 9444 / 03 – 4044 9444.
Diharapkan info tentang Bantuan Zakat MAIWP 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya bagi yang memerlukan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.