PLKN 2023: Program Latihan Khidmat Negara 3.0 Akan Dilaksanakan Semula
PLKN 2023 atau PLKN 3.0 akan diteruskan dan dilaksanakan semula dengan kerangka yang baharu!
Tahukah anda apakah itu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan bagaimanakah ianya dilaksanakan sebelum ini?
Apakah pula pembaharuan yang akan dilaksanakan nanti?
PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.
Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek
- kepimpinan,
- ketahanan diri,
- keyakinan dan pembinaan kumpulan / pasukan,
- aktiviti asas kawad,
- abseiling,
- latihan pandu arah,
- merempuh halangan,
- pengenalan ikhtiar hidup,
- jungle tracking,
- menyeberang sungai, dan
- pengenalan kepada senjata api.
Program ini pernah dihentikan selama setahun pada tahun 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada tahun 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.
Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.
Selain itu, antara faktor program ini dihentikan adalah kerana ia melibatkan kos yang besar sekitar RM700 juta setahun.
Isi Kandungan
Imbas Kembali Program Latihan Khidmat Negara Bermula (Peristiwa 16 Februari 2004)
PLKN adalah sebuah program kenegaraan di mana pada setiap tahun, kira-kira 24% daripada remaja warganegara Malaysia berusia 18 tahun akan dipilih untuk menjalani kursus latihan wajib selama 3 bulan di Pusat Latihan PLKN di serata negara.
- Ia bermula apabila Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk mengkaji keperluan satu bentuk kerahan tenaga pada 30 Oktober 2002. Ia dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak & mesyuarat pertamanya diadakan pada 12 November 2002.
- Istilah ‘kerahan tenaga’ ditukar kepada ‘Khidmat Negara’’ & J/K tersebut juga menubuhkan 4 J/K Kecil meliputi hal Kewangan, Kurikulum, Undang-Undang & Logistik bagi menyediakan perancangan & menyelaraskan keperluan pelaksanaan PLKN.
- Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaan PLKN, kemudian pada 25 Jun 2003, Dewan Rakyat meluluskan RUU Latihan Khidmat Negara & secara rasmi ia menjadi sebuah akta pada 7 Julai selepas diluluskan Dewan Negara.
- Ia dilancarkan pada 16 Februari 2004, apabila 26,000 remaja dipilih sebagai kumpulan pertama untuk menyertai siri pertama PLKN, diikuti 59,000 lagi sebagai kumpulan ke-2 & ke-3 yang masing-masing memulakan latihan pada Mac & April 2004.
Para pelatih menjalani latihan yang ditetapkan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) yang bermatlamat untuk memperkasa jati diri generasi baharu Malaysia adalah dalam 4 modul iaitu
- Fizikal.
- Kenegaraan.
- Pembinaan Karakter.
- Khidmat Komuniti.
Bagaimanapun selepas 11 tahun, Najib Razak selaku PM ketika itu mengumumkan penangguhan pelaksanaan program ini untuk menjimatkan kira-kira RM400 juta ketika pengumuman semakan Belanjawan 2015 pada 20 Januari 2015.
Pada 13 Ogos 2018, Menteri Belia & Sukan ketika itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa PLKN bersama Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan.
Pelaksanaan Semula PLKN 2023
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2023 yang akan dilaksanakan kali ini akan dibuat di kem tentera dan ia tidak akan mengambil masa yang lama seperti dahulu.
Bagi pelaksanaan kali ini, sebanyak 13 kem wataniah seluruh negara akan digunakan dan satu kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) boleh digunakan untuk latihan selama 45 hari yang boleh menampung 4,000 orang untuk setahun.
PLKN 2023 ini akan menggunakan
- modul kombinasi latihan ala ketenteraan sebanyak 90%, dan
- modul kenegaraan sebanyak 10%
selain lokasi latihan yang akan menggunakan kem-kem latihan milik kerajaan seperti Kem Wataniah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2023, baru-baru ini.
Apakah Syarat PLKN 2023?
PLKN 2023 diwajibkan untuk remaja lepasan SPM atau berumur 17 tahun.
Dimanakah Lokasi PLKN 2023?
Lokasi latihan yang dicadangkan adalah di kem-kem latihan milik kerajaan seperti 13 Kem Wataniah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Tarikh Pelaksanaan PLKN 2023
Tarikh pelaksanaan PLKN 2023 ini belum diputuskan lagi.
Namun, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk mengkaji pelaksanaan semula PLKN ini tetapi dengan menggunakan ‘template’ yang baru.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang pelaksanaan PLKN 2023 ini, sila ikuti saluran berikut:
Diharapkan info terkini tentang PLKN 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.