Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Belanjawan 2024: Cukai Perkhidmatan Naik Kepada 8 Peratus

Cukai Perkhidmatan Naik Kepada 8 Peratus kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen pada Jumaat, baru-baru ini.

Seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa Majlis Libat Urus Belanjawan 2024, ‘Memperkasa Ekonomi MADANI’ ialah dasar menyeluruh Kerajaan Perpaduan yang berhasrat untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara ini.

Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk mengangkat sebuah Malaysia MADANI yang punyai azam global, berteraskan nilai MADANI demi kesejahteraan rakyat.

ENAM NILAI MADANI yang dijadikan sebagai paksi utama iaitu,

  • Kemampanan.
  • Kesejahteraan.
  • Daya Cipta.
  • Hormat.
  • Keyakinan.
  • Ihsan.

Isi Kandungan

Cukai Perkhidmatan Naik Kepada 8 Peratus

Antara intipati Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berkaitan Cukai Perkhidmatan Naik Kepada 8 Peratus mulai tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus mulai tahun 2024.

Walau bagaimanapun, beliau yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan, menegaskan bahawa Cukai Perkhidmatan Naik Kepada 8 Peratus ini tidak akan melibatkan perkhidmatan seperti makanan dan minuman, serta telekomunikasi, untuk memastikan rakyat tidak terbeban.

Dalam ucapannya semasa membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat tersebut, Anwar juga mengumumkan bahawa kerajaan akan memperluaskan akan memperluaskan skop perkhidmatan yang akan dikenakan cukai, termasuk perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.

Keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan adalah sebahagian daripada usahanya untuk meningkatkan hasil bagi membiayai pelbagai program sosial dan ekonominya.

Kerajaan juga telah mengumumkan beberapa kenaikan cukai lain dalam Belanjawan 2024, termasuk kenaikan kadar cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan tinggi dan kenaikan kadar cukai keuntungan modal.

Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dijangka memberi kesan bercampur-campur kepada ekonomi Malaysia. Di satu pihak, ia akan membawa kepada harga yang lebih tinggi untuk pengguna, yang boleh menjejaskan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan.

Sebaliknya, ia juga akan menjana pendapatan tambahan kepada kerajaan, yang boleh digunakan untuk melabur dalam infrastruktur dan perkhidmatan awam lain.

Cukai Perkhidmatan Naik Kepada 8 Peratus

Kerajaan Sasarkan Cukai Yang Tidak Membebankan Rakyat

Tegas Anwar, cukai yang akan dinaikkan pada tahun hadapan adalah tidak membebankan rakyat kerana tidak dikenakan sewenang-wenangnya kepada pelbagai golongan rakyat.

Anwar juga menyatakan, Kerajaan juga akan memperkenalkan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal ke atas pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan, dengan kadar cukai sebanyak 10 peratus, mulai 1 Mac 2024.

Cukai Keutungan Modal Dijangka Dibatalkan

Walaupun kerajaan mengumumkan cukai akan dinaikkan pada tahun hadapan, namun ada juga cukai yang bakal dilupuskan untuk beberapa cukai yang dijangka dapat memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk melepaskan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham yang berkaitan dengan aktiviti tertentu, seperti penawaran awam awal (IPO) yang diluluskan, restrukturisasi dalaman, dan syarikat modal teroka tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Kredit Sumber: Harian Metro

Belajawan 2024: Kerajaan Berusaha Untuk Tingkatkan Hasil Negara Bagi Membantu Rakyat

Menurut kerajaan Malaysia, negara kita merupakan negara ketiga tertinggi dunia untuk subsidi petrol.

Harga petrol RON95 kita adalah antara termurah di dunia dengan kadar 2 ringgit 5 sen seliter, malah lebih murah berbanding Arab Saudi, pengeluar minyak utama dunia (2 ringgit 94 sen).

Jika dibandingkan dengan harga negara serantau yang pendapatan rakyatnya lebih rendah daripada kita. Indonesia pada kadar 4 ringgit 45 sen dan Thailand pada kadar 5 ringgit 99 sen.

Tidak cukup dengan itu, Malaysia merupakan negara yang memungut cukai antara yang terendah di ASEAN, yakni hanya 11.8 peratus kepada KDNK ketimbang Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).

Justeru, sebagai langkah meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat, Kerajaan Perpaduan bertanggungjawab

  • meluaskan asas hasil.
  • berkenaan cukai dinaikkan tahun hadapan, iaitu Cukai Perkhidmatan Naik Kepada 8 Peratus.
  • beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara.
  • pada masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Cukai Perkhidmatan Naik Kepada 8 Peratus ini, sila rujuk saluran berikut:

Diharapkan info terkini tentang Cukai Perkhidmatan Naik Kepada 8 Peratus ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua rakyat Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More